Sunday 16 March 2014

Pendakwah Muda Sahabat Yadim

hai para pembaca sekalian. dah lama xupdate blog kan.. amira tutup blog amira buat seketika baru-baru nie.. sajer nk edit lagi. menambaikkan blog nie. hehehe~ tak cantik?? tak apelah.. sob3 ~ ='(  blog tak cantik kalau pngisiannya memberi manfaat kepada orang lain. insyaAllah secara automatik blog akan menjadi cantik. kan?? betul tak? setuju?? 

untuk makluman pembaca sekalian.. semalam amira pergi program anjuran yadim kan... program jejak menara ! actually diadakan di UMT... tapi kan.. agak membosankan jugakla pada mulanya. haha~.. orang bagi ucapan kat depan. kita duk bersembang dan siap menjamu makanan lagi ! hehe... tak cukup dengan kawan kat sebelah bersembang. bersembang pulak dengan waniey kat belakang... kawan sekelas kat tuisyen suatu ketika dahulu.. huhuuhu ~ tak cukup lagi.. bersembang dengan sue and amalina kat depan.. ngeee~ dah nama pun bosan kan.. hahaha!! tapi yang sebelah petang punye.. best !!! dapat kak ain sebagai fasilitator mmg best !! kiranya takde lah bosan sangat selepas tu...




amira sebenarnya bukanlah nak share pengalaman amira kat sana.. tapi amira telah tertarik pada bait-bait lirik lagu Pendakwah Muda iaitu lagu rasmi sahabat yadim... dan amira rase nak share dengan pembaca sekalian... korang hayatilah lirik lagu nie ek. best sangat ! 

~ pendakwah muda ~

di sini kita berkumpul 
sahabat Yadim
siap siaga pendakwah muda 
dengan ilmu dan pengalaman
demi dunia dan akhirat...

tebarkan sayap perjuangan
seantero dunia
seru yang baik, cegah kemungkaran
dengan tangan, atau lidah
dengan hati yang mendoakan...

sahabat yadim, kita bertemu
berukhuwah dan bertukar fikiran
kita pemimpin, pendakwah muda
yang mewarnai masa hadapan
kita sahabat, walau ada di mana jua
terus berbakti menabur jasa..

kita pemimpin memikul amanah
sebagai khalifah di muka bumi
pendakwah muda penuh berhikmah
sampaikan dariku walau satu ayat.

biar apapun badai yang melanda
kau tetap teguh sabar dan terus mara
biarpun keseorangan
kau tetap kan teruskan perjuangan...

mengimbau sejarah Rasul junjungan
setiap detik ujian melanda 
baginda contoh ikutan
role model pemimpin sepanjang zaman...

sahabat yadim, kita bertemu
berukhwah dan bertukar fikiran
kita pemimpin, pendakwah muda
yang mewarnai masa hadapan
kita sahabat, walau ada di mana jua
terus berbakti menabur jasa...

kita pemimpin memikul amanah 
sebagai khalifah di muka bumi
pendakwah muda penuh berhikmah 
sampaikan dariku walau satu ayat
walaupun di mana, kitalah sahabat
moga berjaya (sahabat) dunia akhirat ....
nak dengar lagu ni?? boleh KLIK SINI...

sekadar nilah perkongsian untuk kali ni.. doakan amira dapat result SPM yang cemerlang minggu depan ye. *scary* syukran syazilan u alls.. love u fillah ~ (^_^)

5 comments:

  1. whai cik amira, dimnakah lagu..
    biasanya bke blog nie, msti ade lagu haha
    gmbar dkat umt x upload skli ke??
    kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu?? haha ! dalam proses. nak upload ke? aku beress jer !

      Delete
  2. Kem dai'e muda matrik 5.0.. emm bestnye Lagu ni. Sy tertarik la. Teruja Sgt. Tqvm

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas review. Moga terus cemerlang sebagai pendakwah muda di mana jua anda berada.
    Daripada pencipta dan penulis lirik lagu tema Pendakawah Muda.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sis, sy copy lirik lagu sahabat YADIM. tenkiu sis for the sharing :D

    ReplyDelete