Friday 27 March 2015

Keinginan Para Remaja Berkahwin Awal

بسم الله الرحمن الرحيم

disebabkan akhir-akhir ini terlalu banyak ana dengar rungutan atau lebih kepada keinginan para remaja sekarang untuk berkahwin pada usia muda. ana rasa terpanggil untuk beri sedikit perkongsian daripada pendapat ana sendiri. di universiti ana, ana pergi ke mana sahaja, mesti akan terdengar perbualan atau perbincangan keinginan mereka untuk berkahwin pada usia mereka yang masih dalam 18,19, 20, 21 tahun...




MasyaAllah... perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat baik dan mulia.. akan tetapi, dalam konteks apa yang ana lihat pada anak remaja sekarang, keinginan ini timbulnya dalam diri remaja ini kerana sebahagian besarnya  adalah untuk memuaskan nafsu sahaja. kenapa ana cakap macam ni??? sebab berdasarkan pemerhatian ana.. yang terlalu obses untuk berkahwin usia muda adalah yang sudah mempunyai pakwe dan makwe atau lebih dikenali dengan istilah boyfriend dan girlfriend. disebabkan tidak mampu lagi menahan nafsu untuk "bersama", mulalah mereka akan memikirkan untuk berkahwin awal. alhamdulillah, baguslah jika memikirkan ke arah tersebut. tapi apa yang ana perhatikan... agak menyedihkan para remaja sekarang.. setelah puas hari-hari berdating, berpegang tangan.. apa yang boleh ana simpulkan memang tidak menjaga batasan lah kan... tidak menitik beratkan soal pergaulan dan ikhtilat. selepas puas berdating apa semua, keinginan untuk "bersama" mulalah akan hadir dan perasaan yang tidak dapat ditahan dan semakin membuak-buak. barulah keinginan berkahwin awal itu hadir. SubhanAllah. ini yang ana maksudkan dengan keinginan berkahwin awal kerana nafsu.

pada pandangan ana, para remaja sekarang terlalu obses untuk berkahwin awal pada usia muda tetapi persediaan untuk ke alam rumah tangga tersebut langsung tiada. kenapa ana berani cakap macam ni??? sebabnye... apa yang ana lihat, yang sentiasa merungut dan meluahkan keinginan ini, bangun subuh pun hari-hari terlajak. cuti hujung minggu tengah hari bangun nak bangun. solat diambil ringan, bab aurat dipandang remeh, bab kebersihan pun tak dijaga, tak masuk lagi baju yang tak dibasuh dan tak dilipat berminggu-minggu. kekadang main campak je dalam loker baju.. kan?? erkkk.. gulp ! kenapa?? ana hidup di universiti.. hidup di kolej juga.. jadi ana banyak perhati ragam para remaja kat sini.. jadi, macam tulah yang ana dapat simpulkan.. inilah yang terjadi kepada para remaja sekarang, keinginan untuk berkahwin awal sangat diambil perhatian tetapi persediaannya langsung tiada.

para remaja ini tak terfikirkah... bahawa soal perkahwinan dan rumah tangga ini adalah bukan suatu perkara yang boleh diambil ringan dan boleh dibuat main-main sesuka hati. nak ke kita ni adalah penyebab suami atau si dia yang tersayang dihumban ke neraka kerana kita adalah puncanya. punca yang datang dari kita kerana cetek ilmu agama dan pengetahuan rumah tangga. 

remaja sekarang banyak dipengaruhi oleh kisah-kisah dari novel, sinetron di tv, dan lagu-lagu. bagi mereka, perkahwinan itu suatu yang sangat indah. yang perlu adalah, taat kepada suami. tetapi mereka tak terfikir ke kalaulah masing-masing sendiri tidak mempunyai persediaan dengan ilmu agama dahulu, ilmu rumah tangga.... agak-agak, kebahagiaan dalam rumah tangga tu dapat dicapai ke? dapat ke mereka mengharungi onak-onak dan dugaan dalam rumah tangga tersebut? dapatkah mereka melayari kebahagiaan dan menempuh kesusahan ketika hidup bersama dalam rumah tangga??




cuba kita lihat dari satu sudut yang agak jauh sedikit, iaitu anak-anak.cuba kita renungkan, jika pasangan yang tiada atau terlalu cetek ilmu agama, berkahwin dan mempunyai anak-anak. apa akan jadi pada anak tersebut? apa nasib anak tersebut? sekarang pun kita sudah dapat lihat... ada anak-anak yang masih free hair, mulut tak lekang dari mencarut, pergaulan yang sangat bebas, ibu bapa mereka langsung tidak ambil kisah dalam bab tersebut. tidak pernah menegur. yang dipandang dan sangat dititik beratkan adalah soal pekerjaan dan kepandaian. kekadang macam mana ibu bapa nak tegur, kalau mereka sendiri pun turut sama macam tu. mak sendiri free hair, takkan nak tegur anak suruh 
pakai tudung pulak.. kan? mak sendiri suka mencarut, macam mana nak tegur anak supaya tidak mencarut. ada seorang ibu tu, yang ana tau.. anak dia nak keluar dating dengan pasangannya. ok. ibunya pergi teman. jika dilihat, sangat baguslah kan. ada mahram yang menemani. tetapi, anaknya duduk rapat-rapat dengan pasangannya. diambil gambar selfie antara anaknya dan pasangannya secara dekat-dekat. langsung tidak menjadi masalah kepada ibunya. ibunya hanya lihat sahaja. jadi, di sini kita boleh lihat keruntuhan akhlak, tiada adab, agama dipandang ringan di kalangan remaja adalah antara besarnya berfaktorkan daripada kedua ibu bapa. didikan yang salah oleh mereka kerana kurangnya agama pada ibu bapa inilah yang telah tercetusnya remaja sedemikian. 

bagi ana secara peribadi, keinginan untuk berkahwin awal itu sangat mulia. dan dalam islam pun sangat dituntut untuk mengelakkan maksiat. tetapi, mengapakah perlu dicemarinya? kerana sudah tidak mampu menjaga hati kerana terlalu bebas.. hari-hari berjumpa. dating selalu. yang lagaknya seperti pasangan sudah berkahwin. selepas tidak dapat menahan nafsu, barulah keinginan berkahwin itu timbul sedangkan dirinya langsung tiada persediaan ke alam rumah tangga tersebut dan masih terlalu jahil dalam bab agama. bagaimanakah tugas mendidik nanti ?? adakah mahu hidup dalam keadaan yang sentiasa lalai? ana sangat menyokong jika ada yang memilih untuk berkahwin awal dan memang persediaan ke arah mendirikan rumah tangga memang ada dan boleh nampak. walaupun tak lengkap tapi usaha dalam proses mujahadah itu ada. alhamdulillah, kalau yang ni, ana memang sokong. bangun subuh pun awal. solat jaga. al-quran jaga. hubungan dengan Allah dan ibu bapa jaga. kerja-kerja rumah pun tiada masalah. basuh lipat baju. yang ni tiada masalah kalau kahwin pun. selepas tu sama-sama lah mujahadah dan istiqamah di jalan penghijrahan. tetapi isu sekarang, adakah mereka sudah bersedia dengan ilmu yang ada?

kita pergi pulak pada satu sudut yang lain.. kita sekarang berada di dunia akhir zaman. yang boleh dikatakan zaman yang sangat genting dan mencabar. jika ilmu agama kita masih terlalu cetek, macam mana kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak nak berhadapan dengan dunia akan datang yang sudah tentu semakin hari semakin tercabar.. macam mana kita nak pertahankan iman kita jika ilmu itu terlalu cetek? macam mana kita nak pastikan diri kita, suami dan anak-anak kita terselamat dari fitnah dajjal. apa yang kita sudah maklum, suatu hari nanti kemunculan dajjal akan tiba. dan sudah dikhabarkan bahawa pengikut dajjal itu jumlahnya sangat besar suatu hari nanti. dan yang benar-benar kuat imannya akan terselamat dari fitnah dajjal. macam mana kita nak pastikan anak-anak kita tidak termasuk dalam golongan yang besar itu kalau didikan agama yang kita berikan terlalu sedikit untuk mereka. 




ana bukan tidak menyokong isu berkahwin awal. ana sendiri sebagai remaja dan insan biasa yang normal, juga mempunyai keinginan yang sama. tetapi keinginan itu haruslah seiring dengan usaha kita. apa yang ana lihat, remaja sekarang terlalu obses untuk berkahwin awal kerana terlalu mencintai pasangannya lebih dari mencintai Allah dan seolah-olah tidak yakin pada Allah bahawa jodoh itu akan hadir suatu hari nanti jika dia benar-benar jodoh kita. mereka ini sering menggunakan istilah agama islam suka kepada umat yang berkahwin awal dan sangat digalakkan. malah ianya adalah suatu sunnah. tetapi bagi ana perlulah selari dengan persediaan diri dan agama untuk melangkah ke alam rumah tangga. bukan seperti yang remaja sekarang fikirkan, berkeinginan berkahwin awal hanyalah untuk memuaskan nafsu semata-mata.

ana rasa sampai di sini sahaja perkongsian dari insan kerdil ini.. yang baik datangnya dari Allah dan segala yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri. wallahualam.

No comments:

Post a Comment