Thursday 29 June 2023

Jawapan Istikharah



Jodoh ni adalah misteri. kita hanya akan tahu seseorang itu adalah benar-benar jodoh kita bila terlafaz akad nikah. selesai lafaz akad nikah, wali dan tok kadi sahkan.. yes! itulah jodoh!

Just a sharing posting. based on pengalaman sendiri berkenaan istikharah ni. 




Saya ada kenal dengan seorang hamba Allah ni, saya letak nama dia K. Kenal sekejap je, kemudian dia bawa mak dia datang rumah untuk kenal-kenal. dalam tempoh perkenalan ni, saya mase ni tak berapa yakin, tambahan belum ada apa-apa perasaan pada K.

Jadi masa ni saya buat istikharah, dalam seminggu saya buat solat istikharah malam-malam. tempoh istikharah ni, saya takde dapat mimpi apa-apa. ada yang cakap istikharah ni akan dapat petunjuk dalam mimpi. tapi tidak untuk saya. 

Tetapi masa ni hati saya tak tenang. bila mana K ni whatsapp je saya, saya akan serabut. masih reply tapi kita tak happy dapat whatsapp dari dia. dan masa ni saya banyak bertanya dan dapatkan pendapat dari orang sekeliling. saya bagitahu la saya ada kenal dengan seseorang, orang itu macam itu dan ini, dan saya rasa begini begini. jadi apa pendapat, okay ke.. ada la dalam 4 ke 5 orang kut saya minta pendapat. 

Rata-rata jawapan yang saya terima adalah red flag. bukan K ni tak baik, dia baik, rajin usaha untuk bekerja. cumanya ada beberapa benda yang mungkin tak serasi dengan saya. kemudian saya fikir masak-masak pro and cons setiap keputusan, jadi saya memutuskan untuk tidak meneruskan. 

Saya masih ingat masa saya bagitahu pada K untuk tidak teruskan, terasa beban batu besar atas kepala ni tiba-tiba hilang. serta-merta. terus rasa ringan, rasa lapang dada. satu perasaan yang sangat lega. 

Alhamdulillah. waktu tu rasa macam mungkin ini adalah jawapan pada istikharahku. 





Kemudian, lama lepas tu. saya ada kenal dengan seorang hamba Allah ni, saya letak nama dia M. Untuk yang M ni, tempoh perkenalan saya agak lama sikit iaitu 6 bulan. dengan M, saya benar-benar suka dan memang ada perasaan pada dia. 

Dengan M, saya tak buat istikharah. saya takut untuk buat istikharah, saya takut jawapan yang saya terima nanti tak seperti yang saya nak. tapi apa yang saya buat adalah, saya banyak berdoa dan saya selalu doa pada sujud terakhir solat fardhu. 

Apa yang saya doa adalah " Ya Allah, jika M ni adalah yang terbaik untukku, kau permudahkanlah segalanya.. jika dia bukan yang terbaik untukku, kau pisahkanlah kami dengan cara yang baik dan pertemukanlah dia dengan orang-orang yang baik". Saya amalkan doa ni agak lama jugak pada awal-awalnya..

Kemudian satu hari setelah 6 bulan, saya bagitahu pada M kekurangan diri saya, dan kemudian malam tu jugak M decide untuk tidak meneruskan perhubungan ni. esoknya M terus hilang dan mendiamkan diri. Kami tak ada gaduh, tak ada perselisihan apa-apa. boleh dikatakan putus dengan cara yang baik. 

Waktu ni saya broken, kecewa yang teramat sangat. Nangis tu semestinya. dan proses untuk bangkit semula tu saya ambil masa yang agak lama. dan pada waktu ni, saya teringat pada doa yang saya pernah amalkan sebelum-sebelum ni.. saya pernah doa yang jika dia bukan yang terbaik untuk saya, pisahkan kami dengan cara yang baik.. dan itulah terjadi.. saya dan M tak ada gaduh pun pada saat itu, tak ada silap faham ke apa. hanyalah dia tak boleh nak terima kekurangan diri saya dan saya okay kan je. esoknya dia pergi dan hilangkan diri. 




Sedikit nasihat untuk awak semua.. bila mana awak semua decide untuk buat istikharah, nak minta petunjuk dari Allah untuk sesuatu. get ready untuk sebarang kemungkinan.. dalam isu jodoh ni, jawapan petunjuk bukan pada side awak sahaja.. kalau perjalanan urusan awak untuk berkahwin dipermudahkan, dan berjaya disatukan, itulah jawapan pada istikharah awak. itulah jodoh awak. 

Akan tetapi, andaikata perjalanan urusan nak mendirikan rumah tangga tu ada macam-macam halangan, atau tibe-tibe pasangan berubah hati. itu boleh jadi jawapan pada istikharah awak. mungkin itu adalah petunjuk dari Allah untuk permintaan istikharah awak, dia bukanlah yang terbaik untuk awak. 

Mungkin awak pada saat itu, sangat mengharapkan dia adalah jodoh awak, tapi jawapan petunjuk istikharah awak tak seperti yang awak harapkan. Adakah awak nak marah Allah bagi petunjuk dari istikharah awak? atau awak nak salahkan Allah yang tiba-tiba palingkan hati pasangan? muhasabah balik, zikir banyak-banyak, dan ambil masa untuk tenangkan diri. 

Jika si dia bukan jawapan istikharah awak. ingatlah satu benda yang saya pesan. apa yang terjadi adalah bukan salah si dia, bukan salah awak. tapi inilah jawapan Allah dan Allah knows the best for you. 

Tiada salah sesiapa. tapi the answer is takde jodoh, belum jodoh atau bukan waktu yang tepat lagi. selalu saya ingatkan pada diri saya, apa yang terjadi antara saya dan M, bukan salah dia. kalau saya berada di tempat M pun, semestinya saya nak pasangan yang perfect, cantik, sempurna. mungkin tiada jodoh di antara kami. 

Sentiasa bersangka baiklah pada Allah, positifkan diri. jika dia adalah jodoh awak, Alhamdulillah. Syukurlah pada Allah. jika si dia yang awak cinta bukan jodoh awak, yakinlah pada Allah yang Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. 

Doa yang baik-baik, InsyaAllah akan hadir yang baik-baik. dan saya doakan yang baik-baik untuk awak semua. 

Doakan saya dipermudahkan bertemu jodoh. Wallahualam. 


No comments:

Post a Comment