Sunday, 8 February 2015

Nikmat Penghijrahan






Alhamdulillah… Hanya perkataan itu yang mampu aku ucapkan.. Sujud 1000 tahun pun tidak cukup atas nikmat yang tak ternilai ini.. Terima kasih ya Allah atas hidayah yang tidak terhingga ini. Sungguh Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku cuma gadis biasa, bukan dari sekolah agama, bukan juga dari keluarga ulama.. Aku hanya ingin berkongsi cerita tentang nikmat Allah yang tak terhingga buat hambaNya..
Kisah ku bermula saat pertama kali aku melihat seorang gadis yang sangat manis bertudung labuh di salah sebuah kedai, di bazaar ramadhan.. Aku terpegun seketika.. Subhanallah.. Sejuk mata memandang.. Ya Allah, beginikah rupa penghuni syurgaMu? Subhanallah.. Terasa malu melihat diriku sendiri, kerana walaupun aku dibiasakan bertudung sejak kecil, berbaju lengan panjang dan tidak jarang, namun auratku hanya ditutup ala kadar sahaja..
Dulu, pernah juga terdetik di hati ini untuk bertudung labuh, kononnya ingin mengikut langkah ibu.. Namun, oleh kerana takut pada perlian teman-teman sekeliling, niat itu terkubur sendiri..
Teringat aku pada satu ayat yang pernah aku baca suatu ketika dulu, ‘Hidayah itu ibarat cahaya dan cahaya tidak akan masuk ke rumah yang mana jendelanya tidak dibuka.’ Kata ustaz pula, “hidayah tu milik Allah.. Hanya Dia berhak memberi hidayah itu kepada sesiapa pun.. Sungguh, Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.. Mintalah, pohonlah hidayah itu agar selamat dunia dan akhirat..”
Aku termenung sendiri.. kalau bukan sekarang, bila lagi?? Takkan nak tunggu sampai aku mati? Jika bukan aku yang membantu diri sndiri, siapa lagi yang sudi?? Takkan nak lupakan dan biarkan perasaan itu terkubur sekali lagi??
Sejak dari hari itu, aku usaha melabuhkan apa yg ada.. Tiada lagi baju t-shirt yang ala kadar tertutupnya, tiada lagi tudung bawal yang hanya indah pada sulaman namun nipis pada zahirnya.. Biar apa orang kata, kolot, kampung dan sebagainya, asalkan aku selesa.. Alhamdulillah, dengan kemudahan internet yang ada, aku gunakan untuk mencari artikel mengenai wanita, aurat, amalan-amalan yang boleh ku amalkan dan sebagainya..
Aku akui, aku bukan seorang muslimah yang baik, tetapi aku ingin menjadi baik.. Ya, aku ingin menjadi baik.. InsyaAllah..! Aku percaya, bila niat kita baik, ingin menjadi baik, pasti Allah s.w.t akan bantu kita.. Hanya terpulang pada diri kita untuk memilih sama ada mulakan langkah pertama, atau mundur ke belakang dan lupakan semuanya..
Suatu hari, ketika aku menyimpan baju ke dalam almari ibu, tergerak di hatiku utk mencuba sehelai tudung labuh bewarna merah jambu.. Selesai sahaja kerja-kerjaku, aku ambil tudung labuh itu dan ku sarungkan di kepalaku.. Aku berdiri di hadapan cermin. ku lihat diriku. Subhanallah..! Aku terkedu.. Aku dapat rasakan sesuatu.. Rasa tenang, dilindungi dan merasakan apa yg ku cari selama ini telah kutemui..
Tanpa ku sedari setitis air mata hangat mengalir di pipi.. Tidak dapat ku tahan lagi, aku menangis sepuas-puasnya..
“Ya Allah, jika ini yang terbaik buatku, dan jika ini dapat membahagiakanMu, kuatkanlah aku, permudahkanlah segala urusanku dalam hijrah di jalanmu, ya Allah.. didiklah aku menjadi muslimah yang solehah.. Aaminnnn!’”. Bisikku dalam hati
Sedikit demi sedikit, aku mula mula menjadikan laman facebookku sebagai medan perkongsian ilmu dan peringatan buat diriku sendiri. InsyaAllah tiada lagi sesi luahan yang hanya sia-sia.. Sabda Rasulullah SAW, ‘sampaikan dariku walau sepotong ayat..’ ada juga sebilangan warga Facebook yang seolah-olah mengejek diriku atas apa yang aku sampaikan.. Alhamdulillah, semua itu tidak mematahkan semangatku, malah lebih menguatkan aku kerana mungkin ini cara Allah mendidikku.. Bersabar, sabar dan sabar. Hanya satu yg aku takuti, dipersoalkan di akhirat nanti..
Dengan keyakinan dan kekuatan yang ada, pada hari maulidurrasul, aku kuatkan diri menggunakan tudung labuh buat kali pertamanya.. Banyak yang bermain di fikiranku.. Terasa terasing diri ini.. Alhamdulillah.. Semuanya ku hadapi dengan mengingati Allah.. Ya, benar.. hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang.. Ada yang menyindir, ada yang memuji, tidak kurang juga yang memandang sinis pada diriku..
Aku cuba kuatkan diri ini dengan mengingati perjuangan Rasulullah SAW, yang sememangnya di janjikan syurga, namun tetap bersabar menahan hinaan dan cacian dalam perjuangan dakwahnya.. Inikan pula aku, hanya hamba Allah yang hina.. Aku kena kuat dalam perjuangan dakwah pada diriku sendiri.. Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah, untuk kekuatan ini..
Hari demi hari, aku semakin selesa.. Ada juga kawan-kawan yang bertanya, “Tak panas ke pakai labuh?” Aku hanya mampu tersenyum.. Kebiasaannya hanya gelengan kepala yang ku berikan.. Adapun jawapan, ayat ringkas ini yang ku berikan, “Yang terdedah itu lagi panas”.
Sebenarnya, ingin ku katakan, aku sanggup berpanas di dunia daripada merasa azab di akhirat sana.. Hanya doa yang ku kirimkan buat yang bertanya. Semoga dia juga merasai kemanisan hidayah ini..
“Sahabat, aku ingin engkau  turut bersamaku dalam penghijrahan ini. Sungguh, ku ingin kau turut bersamaku..” Doaku dalam diam
Kisah ini bukan hendak menunjukkan yang aku ini sudah sepenuhnya baik.. Masih banyak kekurangan yang perlu aku perbaiki dan masih banyak ilmu yang perlu aku pelajari.
“walau siapa pun kita di masa lalu, itu tidak bermakna kita tidak berhak untuk menjadi Muslimah yg baik. Jadikan masa lalu sebagai satu pengajaran yang membenihkan rasa keinsafan dan bukan satu alasan untuk tidak berubah..”
Sahabatku, bila terasa ingin berubah, mulakan langkah, jangan berlengah.. Niat boleh dipimpin.. tak perlu tunggu sampai seru, kita yang perlu mulakan dulu.. InsyaAllah, Allah pasti akan bantu.. Saat diri terasa lemah, ingat janji Allah.. Allah bersama kita sahabatku..
InsyaAllah, semoga kita semua mendapat hidayahNya sebelum mata terpejam buat selamanya.. Doakan agar diriku ini kuat dan sentiasa istiqamah dalam penghijrahan ini.. Aamiin.

Terima Kasih Kerana Meninggalkanku

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan amira untuk berkongsi sedikit kisah bersama anda semua pada entry kali ini. insyaAllah, kisah yang sederhana dan simple, tapi sangat membawa manfaat terutamanya bagi yang mengalami situasi ini...




“Assalamualaikum awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. Family saya dah terima dia. Petang tadi dia jumpa parent saya. Maafkan saya awak. Assalamualaikum…”
Jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata.
kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada cinta yang belum pasti. semakin ku cuba, ingatan tentang dia semakin kuat. yaAllah.. bantulah aku..
*****
“Wahai sahabatku, sampai bila kau mahu begini? kau dah tak seceria dulu. kerana cinta manusia kau jadi begini? kami benar-benar rindukan senyum tawamu sahabat” kata-kata amir sahabatku di beranda masjid pada malam itu membuatkanku keliru. Dia tidak memahamiku atau dia sedang mengambil berat tentangku. begitulah perasaan tatkla diri dirasuk kecewa. Nasihat yang sepatutnya diterima dengan baik tapi telah disalah ertikan.
“Amir, kau pernah duduk kat situasi aku? kau pernah kecewa? kau tak faham amir. cakap memang mudah. tapi aku yang menanggung. sakit amir. sakit”, tanpa disangka air mataku mengalir membasahi pipi.
“Lelaki yang soleh tak akan mudah menyerah kepada cinta seorang wanita yang belum pasti menjadi isteri sahabatku”. Mendatar suara amir.
“Macam mana boleh kau cakap kau sayang dia sedangkan kau sedang membawa dia ke jalan yang salah?”.
“Tapi kami tak pernah jumpa. tak pernah buat benda-benda salah”. 
“Sahabatku. hukum tak menghalalkan cara. dalam tak sedar kau dah rosakkan hati kau dah hati dia”. 
Aku diam. Kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. amir, syabab yang terlekat kopiah dikepalanya. wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..
“Jodoh tu urusan Allah. Kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dengan dia sampai kahwin, padahal skrg kau tak ada apa-apa. Tidak ada jaminan kau akan berkahwin dengan dia satu hari nanti. Itu bukan ikhtiar sahabatku. Jangan memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ”
Air mataku kembali berguguran.
“Menangis tak salah pun Amir, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. Percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. Bersabarlah, kalau dia ‘datang’ lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang. Cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?”. Panjang lebar Amir mengingatkan.
“Ish, tahulah. Mestilah Allah”
“Kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?”, sambung Amir lagi.
“Of course lah pencipta kita, Allah”
“Kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? Dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?”
“Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan..”
“Haa.. sekarang kau sedar tak?”. Walau nada Amir lembut, namun ada sedikit ketegasan.
“sedar dah..”
“Ape yang kau sedar?”
“Aku sedar semuanya datang dari Allah..”
“lagi?” soal amir lagi..
“lagi apa?”. Sengaja ku bertanya pada Amir.
“Kau sedar tak, Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”
“Tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni”
” Habis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi perasaan cinta kau yang kau tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..? kau sanggup membelakangkan Allah demi dia?”
Aku tertunduk seribu bahasa. Apa jua yang keluar dari mulut Amir tika itu sedikit pun tiada silapnya. Aku akur.
“InsyaAllah, kau boleh.. Sesungguhnya, kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. Aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. Yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayangmu kepada dia tidak menjamin apa–apa bentuk kebahagian pun kerana rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. Bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap macam kau lalui sekarang. Teruskan niat baik kau tu. Redhalah dengan ketentuan Allah. Allah masih sayangkan kau. DIA mahu mengingatkan kau dari terus lalai dibuai cinta palsu. Aku sentiasa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. Jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya… InsyaAllah”. Amir senyum.
“Terima kasih amir! InsyaAllah.. Demi Cinta-Nya aku akan cuba lupakan dia yang tidak menjamin apa-apa…”.Aku nekad!
“Alhamdulillah.. Teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”
“InsyaAllah..”
*****
Alhamdulillah… kini sudah genap 2 bulan pernikahan si dia dengan si pilihan hati. Ku doakan semoga kau terus bahagia di bawah redhaNya. Dan kini baruku sedar hikmah Allah SWT amatlah hebat. Kini ku mulai tenang di samping keluarga, sahabat-sahabat dan insan di sekeliling aku.
Ketenangan yang kurasai sekarang tidak sama dengan ketenangan bersulam dosa tatkala bersamanya suatu hari dulu. Terima kasih kerana meninggalkan aku. Aku amat bersyukur atas ujian Yang Maha Hebat. Tepatlah apa yang pernah diutarakan sahabat tatkala diriku diselimuti kesedihan, ‘Allah buat sesuatu untuk sesuatu’. kini baru kurasai ‘sesuatu’ yang Allah ingin ku kecapi di dalam hidup ini. Alhamdulillah ya Allah.
“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana
“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta

Saturday, 31 January 2015

Akh, Ana rasa keringlah !


Alhamdulillah, masih diberi masa dan ruang oleh Allah untuk amira berkongsi sedikit ilmu yang cetek ini dengan kalian semua. (^_^) 





“ Akh, ana rasa, makin lama ana dalam dakwah dan tarbiyah ni, ana rasa makin keringlah.” 

“Rasa macam tak syok, macam nak memberontak saja.”

“ jika dahulu, masa baru-baru masuk usrah, rasa best sangat.”

“ seminggu tak pergi, rasa macam ada sesuatu yang tak kena.”

“ tapi sekarang....”

“ datang usrah, tak datang usrah sama saja..”

“ hati tetap kering”

“ dahlah ikhwah tak mesra macam dulu. Kalau ada masalah pun, sendiri rasa, sendiri tanggung.”

“ ana pun malas nak beritahu mereka. Dah tentu, mereka layan acuh tak acuh sahaja..”

“ ana rasa keringlah, Akh. Kering sangat..”

“ rasa nak lari jauh-jauh saja..”

“ terjun sungai.” Jawab Akh.

Jika anda pernah merasai simptom-simptom yang dinyatakan di atas, tahniah saya ucapkan. Kerana apa?  Kerana anda telah selangkah menapaki satu tahap baru dalam dakwah dan tarbiyah ini. Satu tahap baru yang semestinya penuh dengan mehnah dan tribulasi hidup. Satu tahap baru yang menuntut kita untuk berkorban lebih tanpa mengharapkan sebarang balasan, apatah lagi pujian manusia. 

Tahniah ! jangan risau, saya berani jamin hampir semua penggerak di jalan dakwah ini pernah merasai perkara yang sama seperti anda rasa. Cuma yang berbeza, bagaimana anda menangani semua permasalahan di atas.




Rasa diri hebat

Rasa diri sudah hebat, adalah tanda bahwa hati kita sedang bermasalah. Ya benar ! kadangkala kita tidak sedar bahawa pada suatu ketika, syaitan sedang mencucuk-cucuk hati supaya kita berbangga dengan pencapaian kita di sepanjang jalan dakwah ini.

Hal ini kerana, syaitan akan semakin dahsyat menggoncang iman kita. Syaitan akan semakin dahsyat mengganggu kita. Pastinya, syaitan-syaitan ini tidak akan berputus asa dan akan terus mengganggu kira dengan lebih dahsyat lagi. Tahap syaitan yang mengganggu pun bukan calang-calang. 

Tambahan lagi, apa yang akan menjadi bekalan kita, andai mutabaah amal kita hendak lebih baik daripada dulu, ataupun dengan kata yang lebih sinis. ‘ lebih teruk daripada dulu’.



Boleh jadi salah pada permulaan

“ boleh jadi berputus asa pada pertengahan perjalanan itu disebabkan oleh salah niat pada permulaan”
Ya ! cuba kita periksa kembali niat kita menyertai jalan dakwah ini ?  adakah semata-mata mahu mendapatkan suami yang soleh? Ataupun semata-mata mahukan pangkat dan harta? Kemasyhuran? Ataupun kawan yang baik-baik? Apa sebenarnya yang kita mahu? 

Jika reda Allah yang kita mahu, maka tahniah diucapkan. Kerana kita sedang meniti jalan yang betul dengan kenderaan yang paling betul. Jika niat yang salah, maka kita harus mengubah niat kita saat ini juga. Tiada masa ditangguh-tangguh !



Eratkan ukhuwah

Hidup dalam sebuah jemaah ini adalah seperti hidup dalam sebuah keluarga. Bilamana kita tidak lagi merasai nilai kekeluargaan ini, ataupun kebasahan ukhuwah ini, jangan pernah menyalahkan orang lain. Jangan sesekali menyalahkan orang lain tidak mampu membuatkan kita bahagia. Jangan ! kerana boleh jadi permasalahan utama yang menyebabkan kita kering, bukanlah disebabkan orang lain, tetapi diri kita sendiri.

Bilamana kita semakin lama di dalam dakwah dan tarbiyah ini, mungkin satu sifat yang kita tidak dapat nafikan adalah sifat jemu. Sifat jemu itu lumrah. Hatta dalam kehidupan berumah tangga juga begitu. Satu dua tahun kahwin bukan main lagi bahagia, tetapi apabila masuk tahun ketiga, mula merasai jemunya. Sedikit demi sedikit.

Tetapi, adakah kita membiarkan sahaja perasaan jemu itu terus mengaburi perkahwinan kita? Tidak ! pasti kita akan berbuat sesuatu untuk menyemarakkan kembali rasa cinta itu. Begitu juga dengan ukhuwah. Jika kita berasa semakin jemu menghadap muka ikhwah yang sama selama bertahun-tahun, pelbagaikan cara bagaimana untuk menyemarakkan kembali ukhuwah itu.




Semoga dengan sedikit perkongsian di atas, sama-sama dapat kita jadikan iktibar dalam mengharungi jalan dakwah ini. Peringatan ini, pertama-tamanya yang tujukan buat diri ini yang berkongsi. Kedua, peringatan ini adalah peringatan kita bersama. Kerana hakikat jalan dakwah ini, bukan semudah seperti yang kita sangka. Maka, dalam mengharungi jalan yang penuh mencabar ini, adalah tanggungjawab kita bersama untuk saling mengingatkan antara satu sama lain. Saya nasihat awak dan awak nasihat saya.

Saturday, 17 January 2015

Pergaulan antara Lelaki dan Wanita dalam Islam


Alhamdulillah, masih diberi sihat tubuh badan untuk terus berkongsi ilmu bersama kalian semua :*
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad serta ahli kerluarga dan para sahabat..
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana permudahkan urusan amira untuk terus bergiat dalam dakwah walaupun hanya menggunakan blog ini sebagai perantaraan.. (^_^) doakan amira agar terus istiqamah dan sentiasa mendapat keredhaan dari Allah.


Hukum pertemuan antara lelaki dan wanita adalah tidak haram, tetapi dibolehkan ataupun dituntut sekiranya pertemuan itu bertujuan ke arah kebaikan. Contohnya, dalam urusan menuntut ilmu bermanfaat, melakukan amal soleh, dan melakukan aktiviti kebajikan. Selain itu, pertemuan antara lelaki dan wanita dibolehkan dalam urusan yang memerlukan banyak tenaga daripada kedua-dua belah pihak dan menuntut kerjasama dalam mengatur strategi, perancangan, serta perlaksanaan gerak kerja.

Apabila islam membolehkan pertemuan antara lelaki dan wanita, tidak bermakna semua batas pergaulan antara mereka boleh diabaikan dan tidak perlu dijaga. Ini kerana, terdapat golongan yang menganggap diri mereka seperti malaikat, suci daripada dosa. Mereka tidak berasa takut dengan apa yang akan berlaku dalam pergaulan seharian. Tujuan sebenar mereka adalah menerapkan budaya Barat dalam masyarakat kita.

Sebenarnya, apabila islam membolehkan pertemuan antara lelaki dan wanita, kita wajib menjaga batasan yang ditetapkan oleh islam untuk bekerjasama dalam melakukan amal kebaikan, kebajikan, dan membawa kepada takwa.




Antara batas-batas hukum itu adalah :

1.   Kedua-dua belah pihak perlu menundukkan dan menjaga pandangan. Kita tidak boleh melihat aurat pihak lain, tidak boleh memandang dengan perasaan berahi dan hawa nafsu, serta tidak boleh melihat pihak lain terlalu lama tanpa ada keperluan. Allah SWT mengarahkan dalam surah An-Nur, ayat 30 hingga ayat 31 :


“ katakanlah wahai Muhammad, kepada lelaki-lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci untuk mereka. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka daripada apa yang diharamkan dan memelihara kehormatan mereka.”

2.   Golongan wanita perlu berpakaian sopan dan mematuhi etika pakaian yang ditetapkan oleh syarak. Etika berpakaian itu adalah, menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan serta tidak berpakaian nipis dan menampakkan bentuk badan. Allah SWT memerintahkan dalam surah An-Nur, ayat 31 :


“ dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. "


 Allah SWT menerangkan sebab arahan beradab sopan dalam surah Al-Ahzab, ayat 59:

“ yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu”

Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang etika berpakaian yang membezakan antara cara pemakaian wanita bermaruah dan pemakaian wanita yang menjadi mangsa lelaki liar. Pemakaian menutup aurat dan perwatakan bersopan menjadi penghalang kepada lelaki yang cuba menganggu wanita. Perkara ini juga adalah antara penyebab yang menjadikan individu lain, khususnya lelaki lebih menghormati dan malu melihat wanita.

3.   golongan wanita perlu mematuhi adab-adab sebagai seorang Muslimah dalam semua perkara, terutamanya dalam situasi pergaulan dengan kaum lelaki. Antara adab-adab yang perlu dijaga adalah:
  • ·        jauhi daripada kata-kata menggoda dan meransang hawa nafsu kaum lelaki ketika bercakap. Allah SWT memerintahkan dalam surah Al-Ahzab, ayat 32 :


“ maka, janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana perbuatan itu mampu menimbulkan keinginan kepada orang yang ada penyakit dalam hatinya. Dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.”

  • ·        Berjalan dengan sopan-santun. Allah SWT menjelaskan dalam surah An-Nur, ayat 31 :


“ dan jangan mereka menghentakkan kaki supaya diketahui oleh orang tentang apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka”

Kaum wanita perlu mencontohi sifat wanita yang disebut oleh Allah SWT dalam surah Al-Qasas, ayat 25 :

“ maka datang kepadanya salah seorang daripada kedua-duanya sambil berjalan tersipu-sipu”

  • ·        Jauhi daripada pergerakan berlenggang-lenggok dan lemah gelamai seperti golongan wanita yang disebut dalam hadith Rasulullah SAW, “wanita-wanita yang menyimpang daripada ketaatan dan menjadikan hati lelaki-lelaki cenderung kepad kerosakan, iaitu kemaksiatan”. Kaum wanita ditegah daripada ber-tabarruj, iaitu berlebihan-lebihan dalam berhias sebagaimana tabarruj wania pada zaman jahiliah dahulu dan jahiliah moden.




4.   Menjauhi daripada semua reaksi yang menarik dan memikat. Contohnya, memakai wangi-wangian dan corak perhiasan yang tidak sepatutnya dipakai di jalanan ataupun ketika bertemu dengan lelaki.

5.   Lelaki dan wanita dilarang berdua-duaan tanpa mahram. Banyak hadith shahih yang melarang perbuatan itu. Antaranya, ‘ individu yang ketiga antara kedua-duanya adalah syaitan.’ Lelaki dan wanita umpama api dan kayu yang tidak boleh ditemukan.

1    Secara kesimpulannya, pertemuan antara lelaki dan wanita adalah perlu. Ini kerana, terdapat keperluan dan perkara yang menuntut kerjasama antara kedua-dua belah pihak tanpa perlu berlebih-lebihan. Jangan pula pertemuan itu berlaku secara berleluasa sehingga menghilangkan fitrah kewanitaan, menimbulkan fitnah, ataupun melalaikan kaum wanita. Ini menyebabkan golongan wanita cenderung mengabaikan tanggungjawab dalam urusan rumah tangga dan pentarbiahan generasi.

Monday, 12 January 2015

Masalah Cinta Remaja..


Alhamdulillah diberi kesempatan dan rasa terpanggil untuk berkongsi permasalahan dan penyelesaian bagi masalah cinta para remaja.. amira bukanlah seorang yang memang bak kata orang memang pro atau memang dah berpengalaman.. atau memang arif berkenaan bab ini.. tapi amira rasa terpanggil dan ingin berkongsi pendapat amira berkenaan bab ini... 




kenapa amira pilih tajuk ni?? Alhamdulillah.. dan ucapan terima kasih kepada yang sudi dan mempercayai amira untuk berkongsi atau lebih kepada meluahkan perasaan berkenaan bab ni.. jangan risau.. InsyaAllah segala yang anda kongsi bersama amira akan amira simpan di hati ni.. " biar pecah di perut jangan pecah di mulut ".. yeah ! 

first of all, amira nak ingatkan dulu.. Allah kalau jauhkan kita dari seseorang yang kita sayang ni.. means dia sayang kepada kita.. dia nak jauhkan kita daripada mendekati zina.. kita patutnye bersyukur.. tengok masyarakat di luar sana.. berapa ramai yang Allah biarkan mereka melakukan maksiat.. dating siang malam.. duk bergayut di henfon sepanjang masa... kita tak sedar.. Allah biar je dia melakukan maksiat.. tu tanda Allah sayang ke??? of course jawapannya TAK ! sebab tu Allah biar je dia leka dengan maksiat tu.. tapi kita ? Allah jauhkan dari orang yang kita sayang.. tu maknanya Allah masih kasih kat kita... bersyukur !

Allah dah jauhkan kita dari si dia.. kenapa kita pulak terhegeh-hegeh nak pergi cari dia? SABAR ! Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. rasanya tak perlulah nak buat status, letak gambar ayat cinta, post gambar si dia yang tujuannya nak menarik perhatian si dia.. nak bagitahunye kita sayang dia.. naknye dia perasan yang kita ada perasaan cinta terhadap dia.. come on !! hidup di dunia yang nyata !




garangnye amira !!! hehehe.. acah-acah garang je nih.. nak bagi faham betul-betul.. " amira, saya sayang dia sangat-sangat ".. kalau betul anda sayang, apa perlu anda buat?? BERDOA !! orang yang anda sayang tu milik siapa? milik Allah kan? hati dia milik siapa ? milik Allah jugak kan? jadi.. berdoalah.. mintak Allah jaga dan simpan si dia untuk kamu.. minta Allah panjangkan jodoh antara kamu dan dia.. lembutkan hati dia menerima kamu suatu hari nanti.. tu yang lebih penting dari duk post ayat-ayat cinta yang entah si dia baca ke tak.. Allah pemilik hati si dia dan hati kamu.. Allah berkuasa membolak-balikkan hati sesiapa je yang dia nak.. kalau Allah nak.. sekelip mata je Allah boleh hilangkan perasaan sayang tu dari hati kamu.. 

tapi kenapa Allah tak berbuat demikian?? mungkin itu sebagai ujian untuk kamu.. nak tengok sejauh mana kamu handle perasaan kamu tuh.. kalau yang ni dah fail ! apatah lagi ujian selepas kamu mendirikan rumah tangga nanti.. fikir baik-baik ye.. nak kahwin macam mana kalau macam ni..

kita nak berdoa kepada Allah supaya panjangkan jodoh kita dengan si dia.. tapi kita jauh dengan Allah?? macam mana Allah nak makbulkan kalau macam tu.. jadi.. serahkan dulu bab cinta dan jodoh ni kepada Allah.. fokus dulu kepada mendekatkan diri kepada Allah... jadikan Allah is the number 1 in your life dear.. anything you do,, biar bersandarkan kepada Allah.. perkara baik berlaku dalam kehidupan kita.. " Alhamdulillah, Allah masih sayang aku ".. perkara yang tak baik berlaku.. " apa hikmah berlakunya perkara ni... mungkin ini yang terbaik untukku, mungkin kalau aku teruskan, ada perkara yang tak baik akan berlaku kepada aku " .. always think positive terhadap Allah ! 

" amira, saya tak tahu kenapa... saya tak boleh buang perasaan cinta kepada dia, rasa nak kahwin terus je.. " memanglah kamu rasa macam tu.. sebab kamu pergi layan sangat perasaan tu.. mesej 24 jam dengan si dia.. duk tengok sepanjang masa gambar si dia.. pergi layan pulak lagu-lagu cinta.. cerita-cerita jiwang.. macam mana perasaan tu nak hilang?? dan of courselah perasaan tu akan semakin membuak-buak.. come on guys ! cuba kamu buang segala yang berkaitan dengan si dia dalam hidup kamu.. kamu sibukkan diri kamu dengan kerja-kerja.. fokus kepada pelajaran.. memang confirm lah nama dia takkan muncul dalam ingatan kamu. kalau muncul sekadar menjengah je, tak sempat nak feeling-feeling rindu..




serahkan dulu si dia yang kamu sayang tu kepada Allah.. doa mintak Allah jagakan dia... biar kita kejar dulu Allah.. berusaha mencari keredhaan Allah, bukannya berusaha mencari keredhaan girlfriend / boyfriend.. nak tanya, kamu yakin ke kamu akan berkahwin dengan si dia?? tak takut ke kamu duk kejar si dia.. tapi yang sampai dulu jodoh kamu dengan kematian.. kamu duk kejar si dia.. tak kejar Allah.. tup tup dipanggil dah oleh Allah.. tak malu ke?? Allah panggil dalam keadaan kamu bukannya mencari keredhaan dari-Nya..

kalau kita utamakan keredhaan Allah.. dan seandainya kematian dulu hadir.. insyaAllah jodoh kita sedang menanti di syurga.. dan andai kata jodoh kita bukan dengan si dia.. YAKIN ! mungkin itulah yang terbaik untuk kita.. mungkin ada hikmah di sebalik kenapa Allah kurniakan insan lain dalam hidup kita.. mungkin yang si dia yang kita sayang itu tidak layak untuk kita dan kita berhak ke atas seseorang yang lebih jauh baik dari si dia.. 

cuba bayangkan suatu hari nanti...
- MasyaAllah, tak sangka awak jodoh saya..
- SubhanAllah, tak pernah kenal pun.. tak sedar pun kehadiran awak, tapi tak sangka jodoh saya dengan awak..
- Alhamdulillah, Allah panjangkan jodoh kami...

yang ni baru sweet.. 

akhir kata dari saya, doa dalam diam itu lebih manis dari ayat-ayat cinta yang kamu luahkan untuk si dia yang belum halal untuk kamu..

_datinirawmk_

Friday, 9 January 2015

Adakah suara wanita itu aurat ?

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan,
untuk terus mengejar redha Allah,
untuk memohon keampunan Allah,
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.





insyaAllah perkongsian daripada amira untuk kali ini, tajuknya simple je... mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin ade juga yang keliru, yakni bertajuk " adakah suara wanita itu aurat ". jom kita sama-sama rungkaikan perihal tajuk ini..

sebelum amira mulakan penjelasan, sempat amira tanyakan kepada ukhti-ukhti di 'indahnya berusrah' tentang apa yang akan bermain di fikiran mereka bila sebut je berkenaan tajuk ini.. dan alhamdulillah mendapat respon yang baik dan ada bermacam-macam yang terlintas di fikiran mereka bila disebut..
antaranya adalah aurat pada tempat, niat, situasi dan nada suara tertentu kut dan suara wanita aurat, tapi kalau sengaja di lenggokakan dengan suara manja, dah jadi haram. amira ambil 2 sahaja antara respon yang diberikan. bagus kan mereka.. ini bermakna sel-sel otak mereka dah berhubung ! hikhikhik.. 

Dalam islam, islam tidaklah mengharamkan wanita bersuara atau bercakap dengan ajnabi. Ini terbukti Nabi Muhammad s.a.w tidak melarang apabila terdapat seorang wanita bertanya kepada baginda, dalam majlis yang dihadiri oleh golongan lelaki tanpa menimbulkan sebarang kesukaran dan masalah.

Terdapat juga kisah lain, iaitu ketika Saidina Umar r.a. sedang berkhutbah, seorang wanita bersuara dan menolak pendapat beliau. Saidina Umar r.a. tidak menghalang wanita itu bersuara, malah mengakui kebenaran pendapat wanita itu dan mengakui kesilapan beliau.

Al-Quran menceritakan kepada kita tentang perbualan antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba’ iaitu Balqis dan perbualan antara Ratu Balqis dengan kaumnya dalam kalangan lelaki.

Seperti yang kita tahu la kan... perkara yang disyariatkan kepada umat terdahulu adalah perkara sama yang disyariatkan kepada kita pada hari ini, selagi tiada nas ataupun syarak yang memansuhkan syariat itu. Ini adalah pendapat ulama yang terpilih.

setakat ni jelas eh ???? kalau tak jelas lagi.. cuba fahamkan apa yang amira nak sampaikan di atas.. jadi setakat ni kita dah faham bahawa dalam islam ni bukanlah mengharamkan 100% wanita bersuara atau bercakap dengan ajnabi...

TETAPI.... bilakah suara wanita menjadi aurat ??

Larangan berkaitan dengan suara wanita adalah, bercakap dengan suara mendayu-dayu, melenggok-lenggok, dan melunakkan suara.

KENAPA ?

Ini kerana, rentak suara mampu menarik dan menggoda kaum lelaki. Ini yang dimaksudkan oleh Al-Quran dengan lafaz kata-kata lembut dan manja yang merayu-rayu. Keadaan itu mampu meransang perasaan nafsu berahi kepada orang yang mempunyai penyakit hati.

Secara umumnya, ayat ini tidak bermakna melarang wanita bercakap dengan lelaki. Perkara ini berdasarkan dalil pada akhir ayat itu yang bermaksudnya,  ‘dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik’. Allah menjelaskan dalam surah Al-Ahzab, ayat 32 :

“ wahai isteri-isteri nabi, kamu semua bukan seperti wanita yang lain, sekiranya kamu bertakwa. Jangan kamu berbicara dengan lembut manja kerana ia mampu menimbulkan keinginan kepadanya orang yang mempunyai penyakit dalam hatinya. Sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.” 

ada yang bertanyakan, macam mana kalau perempuan yang jenis bercakap kasar ??

jawapannya, kita kalau nak bercakap walaupun dengan lelaki biarlah dengan beradab. lagi-lagi yang kita belum kenal. macam mana kita nak tarik manusia untuk tertarik dengan islam kalau cara kita pun dah kasar kan.. dalam islam sendiri pun ada ajar adab-adab dengan sesama manusia. tak boleh cakap dengan lembut tetapi biarlah beradab. jangan buat di pihak sana terasa.(^_^)

macam mana pula kalau memang suara perempuan tu memang lembut dan halus ??

ya ! memang ada yang suara macam ni.. Masya-Allah bila dia bersuara je.. lembutnya suara dia, jangankan lelaki.. kita perempuan sendiri pun cair. kalau yang jenis macam ni, bercakaplah dengan nada yang tegas. bila mana suara kita memang dah dijadikan jenis lembut, kita cuba untuk tidak melembutkan lagi. biarlah bercakap dengan sedikit tegas agar tidak kedengaran mendayu tu.

Kesimpulannya, apabila wanita dieksploitasi sebagai penggoda, pembangkit nafsu, dan naluri lelaki, risikonya begitu besar dan berbahaya. Rasulullah SAW memberi amaran supaya berhati-hati dengan golongan wanita, sama seperti amaran Baginda supaya berwaspada golongan wanita, sama seperti amaran Baginda supaya berwaspada kepada nikmat kekayaan, kemewahan, dan kesenangan hidup.

jelas ye berkenaan tajuk ni..

wallahualam..

setakat ini sahaja perkongsian untuk tajuk " adakah suara wanita itu aurat "

_datinirawmk_


untuk baca entry yang lain, boleh click di sini