Friday, 14 December 2012

PeReMpUAn oh PerEmPuAn...

Edit Posted by with No comments
Heran...
Aku sangat heran!!Apesal bila aku pergi mana-mana je, mesti orang akan pandang aku? Aku ni cun ke? Err.. Memanglah aku cun.. :PTapi apesal diorang pandang aku macam serigala lapar?Patutnya kalau aku ni cun, pandanglah dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Ceywah...

Tapi kan.. Tapi...Tapi.. Aku ada tanya adik lelaki aku (tadika lagi budak tu), aku ni cun ke? Adik aku pun jawab la yang aku ni taklah cun mana. Dia kata biasa-biasa je. Lawa lagi cikgu sekolah tadika dia. Grrr! Pastu dia jeling kat aku atas bawah. Pastu kan, dia buat biji mata dia ke atas, mulutnya herot sedikit, tangan di bahu. Apakah maksudnya itu? Tapi aku rasa nak lempang pun ade bila dia buat gaya macam tu. Haha...!
Aku tengok depan cermin.Rambut okay, baju ketat v-neck, lengan pendek paras bahu, seluar jeans ketat sebab style. Mekap takyah cakap la kan, bibir dan pipiku merah menggoda. Ok taknak cakap lebih-lebih. Then itulah gaya yang selalu aku pakai setiap kali keluar daripada rumah. Pegi mall, shopping complexs, hangout dengan kawan-kawan, tapi setiap kali tu jugak la aku berasa kurang selesa. Bukan kerana aku kurang selesa dengan apa yang aku pakai. Ok, baju aku ketat, memang kadang-kadang susah nak bernafas, tapi aku tak kisah sebab aku suke stylo. Tapi aku berasa kurang selesa dengan perhatian orang, terutama lelaki. Lelaki memandang aku macam tak pernah makan nasik, u know. Memula aku berasa sangat suka sebab aku berjaya menarik perhatian lelaki. Ramai jugak yang cuba mintak bb pin aku, tapi tak semua aku bagi. Aku tengok mana yang kacak je baru aku bagi. Haha! Tapi lama-lama, aku rasa sume tu sangat annoying......
Itulah kehidupan aku... Tah ape2 kan..

Satu pagi, sedang aku mekap-mekap muka, adik aku ketuk pintu bilik. Aku benarkan dia masuk. Sambil mekap, aku tanya "Kenapa ni? Pagi-pagi nak cari gaduh ngan akak ke? Sorok lagi henfon akak. Nak kena cubit lagi?"Biasalah. Budak tu lama-lama makin nakal pulak. Kadang-kadang dia sorok baju feveret aku dan gantikan baju-baju labuh mak aku kat dalam almari baju. Haritu dia pergi bakar seluar jeans pendek aku. Tau tak berapa harga seluar tu? RM449.90 tau!! Berapi je aku ngan adik aku ni.. Dah semalam, dia sorok bb aku. Bila aku jumpa balik bb, bila tengok contact list, abis sume contact number pakwe-pakwe kacak di-deletenya...

"Akak... Akak cuba dengar apa yang adik nak baca ni. Tapi akak jangan buat-buat tak dengar pulak. Ape, ingat adik ni budak tadika, adik tak pandai membaca ke?" Adik kata...
Aku pulak jawab "Eh, eh.. Akak tak cakap apa-apa kan. Hah cepat cakap. Akak dah lewat nie..." aku memerhatikannya daripada pantulan cermin dan teruskan bermekap.
Adik terus berbicara, sambil memegang sebuah buku di tangannya: "Akak tau tak apa itu aurat? Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan."
Aku menyirap. Eh, budak ni. Apesal plak kan? Cam perli aku jer! Aku ambil sikat, menyikat rambut pula. Malas aku nak layan. Tapi adik aku still bercakap lagi...
"Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."
An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.
Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
6. Aurat Ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

PAKAIAN DALAM ISLAM
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun."

Kseimpulannya..Akak!!! Dengar le ni!
Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam."

******

Adik aku pun mengambil nafas tercungap-cungap, sebab dia baca tak berhenti-henti. Tapi.. hati aku... panas semacam...Ok, stop! Aku bangun daripada kerusi, sambil melihatnya melalui cermin meja aku.
"Ok, adik! Terima kasih atas ceramah adik tu! Akak dah lama tau pasal mende ni! Kat Facebook pun tak habis-habis cakap pasal aurat. Naik muak mendengarnya. Aurat, aurat, aurat! Kan dosa kecil je tu... Bukannya akak ganggu sape-sape pun!!!"

Adik menjawab: "Eleh akak ni. Tau, tapi tak nak buat. Kan menutup aurat tu wajib. Bukan susah pun nak tutup aurat. Ustaz Azhar Idrus pun ada kata 'Pakai tudung tak wajib, yang wajib ialah tutup aurat!' Hah, apakata akak pakai baldi atau kotak kalau akak tak suka pakai kain tudung. Nasib baik Allah suruh pakai tudung. Cuba kalau Allah suruh pakai besi, kan berat atau payah jadinya!"

Aku rasa cam sentap jugak la. Terutama pasal adik aku cakap yang Allah memang tak bebankan hamba-hambaNya iaitu Dia suruh kita buat yang ringan, tapi kita sendiri yang memberatkannya. Aku diam sekejap. Aku cari point-point. Ape aku nak counter kat adik aku ni. Nak tengking kang, adik sendiri... Kalau anak jiran, takpelah jugak aku nak sound kan.... Cari-cari point, aku pun kata :
"Takpelah. Akak bukannya kacau orang pun. Biarlah apa orang nak kata. Lagipun akak pandai jaga diri. Akak boleh detect lelaki-lelaki yang jujur dan tak memandang kepada rupa akak, tau. Itu kelebihan akak yang hebat! Muhohohohh..."

Sekali lagi adik aku buat mata pandang ke atas, tangan dibahu, mulut herot. Ya! Aku rasa nak cubit telinga dia!!!Then adik aku menjawab plak...
"Banyak la kelebihan akak. Akak tak tau, lelaki kat luar tu sume sama je! Kecuali orang-orang yang Allah pelihara iaitu orang yang sanggup menundukkan pandangannya daripada melihat pada pemandangan yang haram.. Mana kita nak tau orang yang mendekati akak tu semuanya jujur-jujur belaka. Ada je lelaki-lelaki yang tak tegur akak, malah tak pandang kat akak pun, cuma akak je yang tak perasan. Akhirnya akak rasa, perhatian daripada lelaki-lelaki yang cuba mendekati akak itu lebih penting daripada segala-galanya!"
Aku terdiam. Betul ke apa yang adik aku cakap ni?Aku taknak setuju membabi buta. Tah pape adik aku ni.Tapi..ermmm sebenarnya apa yang dia cakap tu memang betul. Cissskek! Sombongnya aku. Tapi aku taknak kalah."Dah tu, akak jalan-jalan selama ni, takde pun orang nak rogol akak ke ape ke, takde takde.. Rilek je.. Bukannya ada ancaman apa-apa pun even akak pakai seksi meksi gini..."
Hahaha... Gila jugak aku ni, gaduh dan bertekak pasal mende ni dengan adik sendiri.
Adik: "Memang laa..~ Negara kita ada undang-undang. Merogol orang, kena sebat. Kan sakit kena sebat ni. Sape rela kena sebat? Orang gile je yang nak kena sebat. Sebab tu ade jugak orang yang merogol wanita.Itu pun salah pempuan tu jugak. Pi bangkitkan nafsu syahwat orang tu buat apa?
Tapi tengoklah sekarang, budaya ngorat mengorat, couple bercouple, pergaulan bebas, akhirnya membawa ke arah penzinaan. Paling kurang pun ringa-ringan. Ah! Ia tetap haram! Penzinaan boleh berlaku kat mana-mana. Bawah longkang, tepi masjid pun boleh, hotel-motel, dalam kereta, dan mana-mana je, walhasil, semuanya berlaku atas kerelaan sendiri. Yang sedap, si lelaki. Konon sayang menyayangi, tapi kita tak tahu rupanya selama ini kita membiarkan diri kita berada di antara gigi serigala yang mahu meng-ngappp kita pada bila-bila masa sahaja. Hadoii penat la cakap ngan akak ni..!"

Cis! Tau pun penat!Tapi... Aku sedikit terkesan dengan apa yang adik aku cakap. Aku memang ramai kawan lelaki. Kadang-kadang, aku perasan ade orang stare tubuh badan aku, tapi aku buat dek je.. Cover-cover tu ada la sikit, sebab aku malu... Malu tapi mahu. But..... Apa yang adik aku cakap tu betul. Kawan-kawan aku ramai dah kena. Berkali-kali plak tu. Tapi aku kira ok la, sebab aku taknak berpakwe-makwe sebab aku rasa cam tak bebas bila bercouple ni. Ramai kawan lelaki je.Aku pun terduduk semula.Mula-mula tadi aku menyirap jugak, tapi rasanya memang betul apa yang adik aku cakapkan tu.
Tiba-tiba adik aku bersuara, "Hah, ni akak nak gi mana ni? Seksi berskirt pendek. Mana agama akak? Apa beza akak dengan orang bukan Islam yang dok dedah aurat tuh?"

Eh-eh budak ni!! Kasarnya! Rasa nak cili-cili je mulut budak kecik ni..! Sabar je la.. Aku tau, dia selalu dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus. Baguslah, penyampaian UAI sangat mudah dan simple, sampai budak-budak pun boleh paham. Tapi janganlah sampai terbawak-bawak sehingga ke luar. Kalau dalam majlis taalim takpelah nak tegur dengan cara yang macam tu. Hmm takpelah.. Budak-budak..
Pastu aku tengok diri aku kat cermin. Aku terfikir... Yaa... Apa beza aku ngan perempuan non-muslim? Aku kan orang Islam. Kenapa aku tak ikut Islam? Kan dalam Islam, menutup aurat itu adalah identiti umat Islam? Walaupun adik aku sound tadi dengan cara yang menyirapkan darahku, tapi rupanya terkesan jugak kat aku.Aku pegang rambut aku yang merah menyala di bahagian bawah rambut. Macam sakai pun ada, iyalah, Allah dah cantikkan rambut kita, kita pergi color sana color sini sampai nampak macam ayam pun ada. Aku tengok pakaian aku, takde satu pun yang menampakkan ciri-ciri Islamik...
Serba-serbi tak kena...Aku tengok tangan sendiri, ada sikat, ada alat mekap.Aku tatap setiap satu barangan peribadi aku.Semuanya itu untuk aku berhias untuk lelaki yang tidak halal bagi aku. Aku memperlihatkan perhiasan diri aku sendiri kepada orang yang bukan suamiku. Aku membiarkan mereka menatap tubuh badan aku tanpa ada sebarang hijab. Tiba-tiba aku rasa diri aku ni sangat-sangat la murah. Malah kadangkala terlintas dihati aku, yang aku ni macam dah takde harga diri. Apa nak jadi dengan aku....?Terbeliak biji mata aku. Aku memandang diriku sendiri.Tiba-tiba je mata aku tergenang air mata yang jernih, kemudian mengalir membasahi pipiku...

Ya Allah....!Selama ini aku tidak perasan, betapa Kau begitu menyanyangi hamba-hambaMu daripada golongan wanita.Kau perintahkan kami, Kau pujuk kami supaya tutup aurat atau aib kami, supaya terpelihara daripada pandangan lelaki-lelaki di luar sana. Kau pelihara kami daripada sebarang ancaman yang boleh menyebabkan jiwa-jiwa lelaki menjadi 'kacau' dengan perhiasan kami. Kau pelihara kami dengan sebaik-baiknya....Ya Allah... Menyesalnya aku..Namun adakah aku masih punya harga diri?Adakah aku masih punya peluang untuk bertaubat?Adakah aku masih punya tempat dikalangan masyarakat?
Allah...Satu-satu persoalan keluar daripada benakku..
Ehhhh...Rupanya, aku sudah jauh menjangkau memikirkan tentang hal ini. Aku sudah tidak pedulikan keadaan sekeliling...Aku nampak daripada cermin, adik aku sedang berdiri sambil memeluk buku yang dibacanya tadi dengan muka yang sayu, tetapi dalam keadaan sayu itu, dia mengukirkan senyuman, seolah-olah dia sedang memberikan senyuman harapan kepadaku untuk aku mengorak langkah pertama untuk berubah!!!

Hingus aku dah terkeluar dah ni.Aku capai tuala disebelah aku.Aku telungkupkan tuala itu ketubuhku dan aku menangis teresak-esak...
Kemudian, aku memaling kebelakang, kerana aku mahu memeluk adikku yang menyedarkan diriku. Tetapi sebaik saja aku berpaling, aku terperanjat......
Adik aku tiada pun dibelakang aku...Mana dia? Aku pasti sesaat tadi aku melihatnya daripada pantulan cermin, tetapi sebaik saja aku memandang kebelakang, dia hilang! Kemana dia? Ajaibnya! Sejak bila adik aku pandai buat magik ni?
Astaghfirullahal'azim...Oh! Tidak!!Aku pasti, ini bukan magik!Habis... Habis..... Habis siapa yang bersembang dengan aku tadi? Siapa????
Aku pun keluar daripada bilik.Aku nampak mak aku tengah karaoke di ruang tamu.Lagu Jepun plak tuh. Tapi mak aku memang kaki anime.Aku pun tangkap bahu mak aku macam nak makan je mak aku tu. "Eh ehh! Apa ni? Dah masuk chorus dah niiii!" Mak aku mengomel.. Aku pun tanya, "Makkk! Adik mana makkk???" mak aku pun jawab, "Ehh, adik kau kan dah pergi sekolah tadika pukul 8 pagi tadi. Ni dah pukul 11 ni, kau tak keluar ke?"
Lepas tu... Aku demam seminggu....

*****

Seminggu lepas tu, aku nekad!Aku nak mulakan hidup baru!Seminggu aku tak keluar rumah, aku bukak Al-Quran, aku baca tterjemahannya. Ni semua jasa adik aku.Time aku demam tu, aku dok terlantar atas katil.Dialah yang menjaga aku lepas balik sekolah.Mak aku pun jaga, tapi dia pindahkan alat karaoke dia kat bilik, hahhh tak payah. Aku nak rehat, nak keadaan yang sunyi, last-last ak mintak tolong mak aku masakkan bubur je. Itu je yang aku boleh makan. Aku tak fikir lagi dah 'siapa' yang bersembang dengan aku dalam bilik haritu. Yang penting, aku anggap ia sebagai 'teguran' daripada Allah untuk aku berubah. Aku anggap itu semua mimpi.Adik aku bawakan terjemahan Al-Quran. Dia suruh aku baca sampai habis. Alhamdulillah, tak sangka dalam masa 3 hari aku khatam baca terjemahannya aje.
Aku ni pun dah lama tak semayang. So, adik aku la yang banyak memotivatekan diri aku untuk solat, walaupun tengah demam ketegur ni. Sikit-sikit aku follow ape dia cakap tu.. Malu punye pasal... Tapi aku tak cerita la kejadian yang menipa aku haritu.. Kang bangga plak dia.. Tak pun kang dengan dia-dia sekali demam seminggu cam aku. Haha!

Ermmm... Adik aku ni ade bakat jadik ustaz ni. Aku doakan, semoga dia jadi ustaz yang hebat macam Ustaz Azhar Idrus dia tu, Aamiin!
Malas nak cakap banyak...Tapi memang aku dah tekad skang, aku nak berubah.Berubahlah ikhlas kerana Allah, maka Allah akan berikan apa yang kita tak mintak. Adik aku pun kata "Cun gile la akak bile pakai baju labuh-labuh ni, dengan tudung bawal, memang mengancam! Ahah.. tapi apesal pulak seluar jeans ketat 3 suku ni..??? Tukar-tukar-tukar!"Aku pun gelak-gelak, sambil mencubit pipi adik aku.Dia pun macam biasa, mata ke atas, mulut herot, tangan atas bahu. Aku pun bantai seluar jeans mak aku yang labuh tu.
Haa, kan... Bila kita ikhlas nak berubah kepada sesuatu kebaikan kerana Allah, Allah akan berikan kepada kita sesuatu yang tak pernah kita terfikir, terjangka atau terbayangkan!
Psst.. Korang..korang...Minggu depan, ada seorang Ustaz muda kampung aku yang wajahnya persis Imam Muda Nazrul nak datang rumah meminang aku. Yeyyyy! Alhamdulillah... :)

Tamat...
P/S : *Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati. Sebahagian bahasa yang terkandung di dalam artikel ini tidak sesuai untuk kegunaan penulisan-penulisan rasmi. Harap maklum... dan cerita nii hanya laa copy dan paste.. :) jadi xheran laa klu ad kt blog org sma mcm cerita d'atas.. :D

0 comments:

Post a Comment