Thursday, 13 December 2012

MoLeKuL AiR

Edit Posted by MissShyShy with No comments
AsSaLaMuaLAiKum wbt....

kali nie amira nak share dengan korang tentang molekul air.. msti korang plek kan nper ttber amira cakap pasal air.. actually korang tau tak naper stiap kali nak exam,, nk ubat penyakit ker apa.. mesti orang akan baca surah2 tertentu dekat air.. nk tau knaper?? jom baca !!!




Menurut penemuan hasil kajian saintifik ke atas air oleh Dr. Masaru Emoto, pakar air di Universiti Yokohama, Jepun yang telah merintis penyelidikan tentang molekul air dan menyatakan bahawa susunan molekul air dan menyatakan bahawa susunan molekul air boleh berubah mengikut yang diucapkan ke atas air tersebut. Hasil penyelidikan mendapati air mampu 'mendengar' pesanan yang disampaikan melalui ungkapan . Kajian dikukuhkan lagi apabila beliau sendiri melakukan penyelidikan ini ke atas orang awam. Beliau meminta wakil dari hadirin yang hadir untuk mengucapkan perkataan yang buruk dan baik ke atas air. Apabila air itu diperdengarkan dengan perkataan yang buruk, hasilnya sungguh mengejutkan! Molekul air mula berubah tidak seimbang dan kelihatan hodoh. Di samping itu air yang dibacakan doa atau perkataan yang baik serta merta berubah menjadi bentuk berlian yang berkilau dan bercahaya (Berita Harian, 28 September 2008).



Dalam buku penulisan beliau, The Hidden Message In Water, terdapat pernyataan beliau mengenai air yang bersifat sebagai perakam pesanan seperti pita magnetik atau 'compact disc'. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molekul-molekul air itu berubah bentuk seperti kristal yang indah dan bersinar. Tetapi berlainan pula dengan bentuk molekul air yang diungkapkan kata-kata kesat. Molekulnya berubah menjadi buruk dan menakutkan seperti sel-sel barah. Malahan ketika muzik berentak heavy metal diperdengarkan, kristal serta-merta hancur..




Secara tidak langsung, pembuktian dari kajian ini serta merta menolak kata-kata jahil yang tidak percaya kepada konsep perubatan Islam yang menggunakan air untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit (dipetik dari buku 'Konsep Perubatan Islam' oleh Ustaz Danial Zainal Abidin). Jelas terbukti bahawa air boleh berubah bentuk hanya melalui ungkapan yang diucapkan oleh seseorang.Begitu juga dengan air yang dibacakan Surah Yaasin. Ayat-ayat suci dari surah Yaasin mempunyai manfaat yang lebih berbanding air yang biasa saja. Molekul air yang bersinar dengan bacaan Yaasin dpat menyembuhkan penyakit, menerangkan hati dan jiwa dan sebagai penawar mengelakkan gangguan makhluk halus.

Kebiasaannya air mineral bacaan Yaasin diberikan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan. Kenapa? Hal ini disebabkan air tersebut dapat menjadi penawar. Apabila air yang dibacakan ayat-ayat dari surah Yaasin, molekul yang terbentuk adalah tersusun sempurna. Molekul air ini akan diproses dalam tubuh lalu menyampaikan pesanan pada air di otak dan pembuluh darah. Air ini akan memperbetulkan fungsi-fungsi dalaman tubuh bagi menenangkan jiwa. Hasilnya, dengan izin Allah, air akan bertindak menurut pesanan yang diniatkan dan dilaksanakan tanpa kita sedari.


Air bacaan Yaasin juga mampu melawan gangguan-gangguan makhluk halus dalam diri. Hanya dengan menyapukan air akan membeerikan keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasoniktetapi harus disertakan doa yang ikhlas. Justeru , gelombang gangguan yang menguasai tubuh akan keluar dan ruang pada badan akan kembali seperti sedia kala. Namun, seseorang yang melakukan rawatan menggunakan air bacaan Yaasin perlu tahu akan kaedah-kaedahnya supaya hajat yang dimohon kepada Allah SWT akan dimakbulkan. Buktinya, air yang dibacakan denngan bacaan Al Quran merupakan medium penting untuk dijadikan penawar mujarab selaras dengan keikhlasan niat. Firman Allah SWT yang bermaksud:"..... dan kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"


Jika kita lihat secara keseluruhannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa air mineral biasa saja juga boleh menyembuhkan penyakit tetapi hanya penyakit yang kita boleh lihat perubahannya seperti mengurangkan panas dan menyegarkan badan. Berlainan pula dengan air bacaan Yaasin, air ini menyembuhkan penyakit yang lebih menjurus kepada penyakit berkaitan spiritual yang tidak dapat dilihat secara mata kasar. Hanya air ini mampu mendatangkan perbezaan kerana molekul air ini berubah mengikut aura persekitaran lalu membentuk mengikut perkara yang berlaku di sekeliling dan memberi kesan kepada manusia.


Tambahan pula, khasiat air yang dibacakan ayat-ayat Al Quran, kita dapat melihat bahawa Allah hakikatnya selalu menarik perhatian manusia kepada air. Allah, Yang Maha Pencipta, ingin menunjukkan air bukan sekadar benda yang mati tetapi menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh dan perkara-perkara lain yang masih belum dikaji manusia.


Dinasihatkan bahawa sebaik-baik air adalah air zamzam, air hujan malam Jumaat, air kolah masjid, air mineral dan air masak. Air zamzam adalah air yang terbaik untuk menyembuhkan segala fungsi organ dalaman. Ia terlalu berkhasiat kerana tersimpan jutaan doa manusia selama ribuan tahun sejak zaman Nabi Ibrahim AS. Melalui hasil kajian Dr Masaru Emoto juga, antara molekul air yang paling cantik bercahaya ialah molekul air zamzam. Molekulnya tersusun cantik , seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan berwarna-warni melebih dua belas warna! Sungguh berbeza sekali dengan air biasa.




Begitu juga dengan air kolah masjid. Walaupun air kolah ini hanya sekadar air paip yang tidak dimasak namun kita masih boleh menggunakannya sebagai air penawar kerana tersirat suara azan, bacaan ayat-ayat al Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut. Oleh itu, kita boleh meminumnya tanpa sebarang rasa ragu-ragu tentang kebersihannya. Kebenarannya, semakin kuat manusia berdoa ataupun berkata-kata kepada air, semakin kuat kesan yang terhasil pada molekul air tersebut. Air mampu memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Kemungkinan inilah yang dapat menjelaskan mengapa hanya air biasa yang dibacakan ayat-ayat suci Al Quran boleh menyembuhkan penyakit.


Di samping kita membacakan ayat-ayat dari surah Yaasin, secara tidak langsung kita mendapat pahala membaca al Quran. Ayat-ayat suci al Quran itu sendiri menjadi ubat penyembuh yang mujarab kerana keyakinan dan keimanan kita kepada Allah SWT yang memberi kebaikan kepada manusia, sedangkan akal manusia sendiri tidak dapat mentafsirkan rahsia-rahsia yang tersembunyi di sebalik ketentuan Allah.


Inilah keajaiban yang ditentukan oleh Allah SWT yang Maha Berkuasa terhadap segala ciptaannya. Amalan kita membaca Yaasin yang diiringi doa kepada air biasa dapat mengubah molekul air menjadi lebih cantiksekaligus dapat menyembuhkan penyakit dari segi fizikal dan rohani. Sekadar minum air bacaan Yaasin semata-mata tidak dapat membantu manusia ke arah kebaikan, tetapi ia perlu diselarikan dengan niat yang ikhlas, baik dan tidak mendatangkan keburukan kepada orang lain. Tidak lupa juga supaya sentiasa bertawakal kepada Allah kerana hanya dengan izin-Nya , semua usaha yang diikhtiarkan mendatangkan hasil yang sempurna. Insya'Allah.


0 comments:

Post a Comment