Tuesday 11 December 2012

SyUkuRlaH sEaDaNya~


Keindahan dan kecantikan sebenarnya suatu perkara subjektif.. Kekadang ia hanya mampu ditafsirkan dengan pandangan mata sahaja, sedangkan pandangan mata manusia itu selalu keliru, menipu dan berbeza-beza.

Namun berhati-hatilah dgn kecantikan dan keindahan pada pandangan mata, jangan terlalu gembira hingga mana dirimu tak sempat memperbaiki apa yang didalam jiwa... kerana ia seperti sebiji buah yang cantik namun apabila didalamnya busuk dan buruk, pasti akan terus dicemuh..


Bayangkan seseorang yang membeli sebiji epal yg mana dilihat pada luarannya, sangatlah baik.. Namun apabila dikupas dan dipotong, maka terlihatlah segala isinya yg buruk dan busuk.. apakah perasaan insan itu pada ketika itu?sudah pasti terlalu kecewa..


Dan usahlah pula bersedih dan berdukacita apabila diri anda tak secantik dan seindah diharapkan, kerana walaupun dengan keadaan sebegitu, orang lain tidak sesekali akan marah pada diri anda kerana ia tidak sesekali memudaratkan mereka..


Bayangkan lagi seseorang begitu teliti, yang turut membeli sebiji epal walaupun dia sedar hakikat luaran epal itu tidak sebaik mana, namun dia redha dan menerimanya kerana ketelitiannya itu membuatkan dia yakin didalamnya cukup baik.. Apabila dia mengupas dan memotong epal tersebut, dilihat isinya cukup baik dan manis.. apakah perasaan insan itu di saat itu? pastilah sangat gembira dan bersyukur...


Pengajarannya :


Jangan terlalu gembira dengan kecantikan dan keindahan luaran kita, namun dalaman kita jauh ketinggalan dari segi keindahannya.. Kerana mungkin akan ada masanya dirimu akan dibenci oleh orang apabila diketahui hakikat keadaan jiwamu...


Dan jangan terlalu bersedih dan berdukacita disebabkan ketidakindahan luaran kita, namun ambillah masa perlengkapkanlah kekurangan itu dengan mempercantikkan dalaman kita, agar org yg menerima kita akan bertambah gembira dan bersyukur dengan keadaan kita...~

No comments:

Post a Comment