Thursday, 21 August 2014

Hilangnya Kemanisan Selepas Pernikahan

Edit Posted by with No comments

Alhamdulillah, masih diberi nikmat kesihatan yang sihat untuk amira menaip malam ni.. semoga penulisan yang ingin dikongsi bersama kalian semua mendapat keredhaan Allah... InsyaAllah.. 

hilangnya kemanisan selepas pernikahan???

majoriti anak-anak muda sekarang mempunyai girlfriend dan boyfriend... tak percaya?? buka lah facebook, instagram, we chat, whatsapp.. wooowww ! akan terlihatlah gambar-gambar dengan pakwe dan makwe masing-masing... amira tak bercakap bersahaja ye.. ini adalah berdasarkan pemerhatian amira terhadap masyarakat sendiri.. amira tak ambil yang jauh-jauh pun.. amira ambil classmate amira sendiri.. kadang-kadang seseorang yang kita tak expect pun.. buka instagram terutamanya lah kan... gambar pergi makan dengan boyfriend.. pergi tengok wayang dan sebagainya lah kan... ada classmate amira yang tak approve pun amira kat instagram.. amira tak kisah pun... amira saje-saje je add.. nak tengok gambar yang macam mana diorang post.. hehe.. tapi tu lah ceritanya.. yang amira tak tahan.. ada jugak yang 'couple' dengan classmate sendiri.. haha ! andai kata classmate tu dari sem1 sampai sem5 orang yang sama je.. tak bosan ke??? 

agak mustahil dan jarang ditemui orang yang mempunyai kekasih ni.. tak ada yang bergayut.. tak ada yang keluar berdating.. jarang kan??? at least setiap malam akan bergayut di telefon masing-masing... bertanya itu ini.. bercerita itu ini... tak masuk yang keluar berdating sana sini.. pergi tengok wayang,  pergi keluar makan, jalan-jalan... kan?? kalau ada yang jenis macam tu.. satu dalam seratus lah kan.. sangat sukar ditemui ! 

amira kadang-kadang ada jugak terfikir.. kalaulah sekarang belum kahwin dah hari-hari bergayut.. nanti bila dah kahwin... mesti tak rase apa-apa kemanisan dah... dah terbiasa.. rasa biasa je.. Allahu.. ruginye.. kita bila kahwin mesti nak rasa kemanisan berkahwin tu kan... tak campur lagi yang sentiasa keluar berdating tu..  yang berpegang tangan dan sebagainya.. apa yang tinggal bila dah berkawin nanti?? kemanisan semua dah tercemar ketika belum sah menjadi yang halal. dan apabila dah berkahwin?? semuanya menjadi biasa dan suram je.. tak best kan???

alaahhh.... dengan boyfriend n girlfriend tu saja je... suka-suki.. nanti yang betul-betul nak jadikan suami or isteri.. cari lah yang lain.. soleh / solehah.. amboiiii !!! Allah dah kata... orang yang baik untuk orang yang baik.. dan begitu jugalah yang sebaliknya.. jadi nak seseorang yang baik.. kita kenalah berusaha jadi baik.. insyaAllah Allah akan bagi yang terbaik untuk kita... andainya kamu seorang playboy,, insyaAllah kamu akan dapat yang playgirl.. kamu nak??? mesti taknak kan.. jadi marilah kita sama-sama perbaiki diri masing-masing...

semua orang ada kisah silam masing-masing.. amira sendiri pun ada kisah silam jugak.. tapi sama-sama lah kita berubah mencari keredhaan Allah... kisah silam tu biarkan berlalu.. siapa kita dulu bukanlah penghalang siapa kita masa akan datang... jom berhijrah !!!

bayangkan indahnya sesebuah perkahwinan yang baru nak mekar cinta itu... seseorang yang tak pernah bersembang di telefon.. tak pernah keluar berdating.. tup tup menjadi suami isteri dan baru nak melayari bahtera cinta.. so sweet !! kan??? yang lagi best, cinta tersebut mendapat keredhaan Allah... tak pernah berpegang tangan.. tiba-tiba keluar bersama berpegang tangan... selama ni tak pernah bersembang lama.. selepas menjadi sah.. bersembang.. bercerita itu ini... manis kan?? inilah baru betapa manis dan indanya pernikahan ! 

dengan sedikit perkonsian ini, amira harap kalian cuba renung-renungkan baik buruknye apa yang amira cuba nak sampaikan ini.. amira tak kata amira baik.. amira sempurna.. tak !! amira dulu pun ada kisah silam dan amira yakin kita semua ada kan.. tapi tak menjadi kesalahan pun kan nak berubah.. malah digalakkan !! segala yang baik datangnya dari Allah dan segala kekurangan datangnya dari kelemahan diri amira sendiri. assalamualaikum.

0 comments:

Post a Comment