Thursday 21 August 2014

Tips Tutup Aurat


entry kali ni adalah khas untuk sahabat-sahabat kaum hawa sekalian... bagi yang masih belum menutup aurat dengan sempurna tapi mempunyai keinginan yang tinggi nak menutup aurat sempurna.. tapi tak tahu nak mula dari mana?? masyaAllah.. Alhamdulillah... hari ni amira akan bagi sedikit tips berkenaan tutup aurat.. amira harap dengan sedikit perkongsian ini memberi panduan kepada anda semua... 


Tips Tutup Aurat .. 
.
1. Set dalam minda yang kita nak berada di paras no 8 di mana kita menutup aurat sempurna dengan handsock serta stokin.

2. Kalau ada baju seksi, simpan. Jangan buang sebab kalau gian nak pakai, pakai dalam bilik je. Jgn lupa, dgn family pun kena jaga aurat.

3. Kalau banyak baju yg tak mengikuti syarak, simpan pakai tidur je. Belilah baju yg longgar. InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja utk aurat.

4. Tudung. Kalau mereka yg tidak bertudung, pakailah sebab rugi kamu tayang kecantikan kamu pada semua. Lagi cantik bila bertudung.

5. Bagi mereka yg sudah bertudung, labuhkan. Kalau jarang, inner neck banyak skrg jual. Aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut sahaja.

6. Bila bertudung, jgn pakai baju ketat, seluar ketat, sanggul tinggi. Salah tu sebab masih menampakkan susuk tubuh anda.

7. Bertudung tapi lengan pendek? Kalau ada pakai handsock dgn baju pendek, masih dikira nampak bentuk tangan. Aurat tu wahai Hawa.

8. Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock atau stokin? Aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan.

9. Kalau ada family yg tidak bertudung, ajak mereka sekali. Tak salah ajak mereka berubah. Tak lah kamu rasa kekok kan?

10. Solat jaga tapi tidak menutup aurat. Alhamdulillah jaga solat, tapi jangan lupa menutup aurat pun wajib. Mungkin ada salah dalam solat.

11. Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik. Macam majlis ilmu, dengar bacaan Al Quran, jaga solat, kawan dgn kawan yg baik.

12. Bila dah berubah, istiqamah. Buat selalu sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa kekok bila tak pakai labuh, baju longgar.

13. Ada yg gunakan cara ni, iaitu buat jadual. Buat minggu ni mula pakai baju longgar. Minggu seterus , tudung pulak. Boleh gunakan.

14. Set dalam minda, mati itu pasti. Tak kan nk berubah bila nak mati sebab kita tak tahu ajal kita bila. Banyakkan ingat mati dan istighfar

15. Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat taubat nasuha. Kembali kepada Nya dan pohon petunjuk Nya. InsyaAllah, Dia Maha Pengampun.

16. Bila keluar, tanya pada diri "Adakah Allah redha dengan pemakaian aku?" "Cukup tak aku menutup aurat aku semua?"

17. Bila berubah, pekakkan telinga dengan cacian sebab tak mudah untuk ke Syurga kan? Mengadu pada Nya, insyaAllah indah akhirnya.

18. Bila menutup aurat kawan hilang? Allah nak tunjukkan pada kamu siapa kawan, siapa lawan. Dia akan gantikan dgn yg lebih baik, insyaAllah

bagi permasalahan aurat dagu... ramai yang musykil dan tertanya-tanya.. adakah dagu termasuk dalam aurat??? kenapa ada para ustazah ada yang pakai penutup dagu dan kenapa ada yang tidak?? sekarang amira akan menjawab persoalan ini...

persoalan berkenaan aurat dagu ni.. sebahagian ulama berpendapat dagu termasuk dari bahagian muka maka dagu dikatakan bukan aurat.. dan sebahagian ulama lagi berpendapat dagu termasuk dari bahagian dalam leher maka dagu dikatakan adalah aurat. seperti yang kita maklum kan.. aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. tapi pendapat ulama yang mengatakan dagu bukan aurat adalah lebih rajih dan lebih kuat berbanding pendapat yang satu lagi. jadi bab dagu.. depends on kita sendiri nak berpegang yang mana satu.. tidak menjadi masalah nak berpegang yang mana satu pun.. andainya kita berpegang kepada dagu tu adalah aurat.. kita kena tutup lah dagu tu.. dan berdosa kalau kita tak tutup... 

manakala bab tudung... sebenarnya tak salah pun kita nak pakai tudung jenis shawl atau apa sahaja sekalipun.. tidak menjadi satu kesalahan pun.. tapi yang menjadi kesalahannya adalah kita sendiri. bagaimana cara kita pakai..  bab tudung ni amira sarankan anda semua tonton video ustaz don berkenaan cara pemakaian tudung yang menutup aurat... amira ada video ni.. mana-mana yang ada no telefon amira... boleh whatsapp amira kalau nak berkenaan video ustaz don ni.. sangat bermanfaat ! 

Hawa, itu sedikit perkongsian buat kamu. Semoga bermanfaat. Jadilah bidadari Syurga di dunia dgn seindah perhiasan solehah kamu.. wasalam ~

1 comment: