Tuesday 26 August 2014

wanita berfesyen ???


semua orang dalam dunia sukakan kecantikan... kan?? amira pun sukakan kecantikan.. dan amira amat yakin dan pasti pembaca sekalian pun sukakan kecantikan.. tambahan pula Allah juga menyukai sesuatu yang cantik kerana sifat Allah juga cantik ! 

cantik ? apa makna cantik ? pada pandangan amira, cantik itu sesuatu yang subjektif.. kerana setiap orang lain takrifan cantik pada dirinya.. contohnya.. amira letakkan objeknya adalah jam.. bagi sesetengah orang akan ade yang cakap jam tu cantik.. dan akan ada orang yang akan cakap jam tu tak cantik.. sebab tulah amira letakkan takrif cantik itu sebagai subjektif... tapi ketahuilah.. setiap kejadian yang ALLAH jadikan semuanya cantik belaka ! 



secantik-cantik seseorang adalah akhlaknya...
secantik-cantik agama adalah islam...
secantik-cantik pakaian adalah taqwa...

islam itu mudah, ringkas dan indah...kita yang menyempitkan pemikiran kita mengenai islam... wanita dan fesyen itu memang sinonim dan memang tak boleh nak lari.. sifat wanita memang sukakan kecantikan dan keindahan.. secara personal, amira sendiri sukakan fesyen.. apatah lagi zaman sekarang bermacam-macam fesyen pakaian muslimah... tapi amira tak adalah fanatik sangat. hanya suka tengok orang pakai.. amira hanyalah seorang yang simple je.. tak pandai nak bergaya-gaya pun... sadis ! 

jangan persempitkan pemikiran kita.. nak tutup aurat.. kena pakai serba hitam.. kena pakai jubah.. kena pakai tudung labuh sampai kebawah lutut.. oh tidak sama sekali !! pakai jubah serba hitam itu adalah sunnah sahaja... ketahuilah bahawa islam itu indah sebenarnya kalau kita benar-benar menghayati... wanita sinonim dengan fesyen kerana wanita adalah sesuatu yang cantik sebenarnya. kalau diperhatikan, wanita ini sangat istimewa sehingga wujudnya surah An-Nisa untuk wanita. begitu kasihnya Allah pada kita. 

memandangkan amira seorang student kan.. dan memang sifat amira suka perhatikan orang.. kadang-kadang amira perhati je dekat U amira ni... nak pergi kelas je.. tapi gaya pakaian macam nak pergi majlis apa je.. dengan make-up nya.. dengan baju nye.. Masya-Allah.. kalau ye pun.. biarlah selaras dengan nak pergi kelas.. tak payah lah nak terlalu over.. biasa-biasa sudah lah. fesyen-fesyen jugak. tapi biar bertempat ! jangan sampai kita tergolong dalam golongan tabarruj ( secara berlebihan ) malu lah wahai wanita ! dirimu dicipta sebaik-baik kejadian. secantik-cantik ciptaan...


tabarruj?? tabarruj dedifinisikan oleh Imam Az Zamakhsyari sebagai perlakuan wanita wang menzahirkan perhiasannya kepada kaum lelaki yang mana sepatutnya wajib bagi mereka menutupinya.  ini termasuklah barang-barang perhiasan yang tersembunyi pada anggota badan seorang wanita seperti rantai, gelang kaki dan subang. begitu jugalah halnya dengan dengan pakaian dan pergerakan anggota badan wanita seperti cara berjalan, berkata-kata dan sebagainya..




Berfesyen itu tidak salah ! Malah agama Islam amat menyarankan agar umatnya sentiasa berpenampilan kemas, cantik dan sopan.

Berhiaslah cara seorang Muslimah!

1) Menjaga pandangan. Sesungguhnya, perhiasan termahal dan yang paling bernilai bagi seorang wanita ialah sifat malunya.Tanpa sifat malu, hilanglah keistimewaan dan kecantikannya sebagai seorang wanita. Allah swt telah berfirman yang mahfumnya : [Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya] An Nuur :31

2) Menjaga pergaulan dengan lelaki daripada percampuran yang keterlaluan yang tidak menjaga batas-batas yang ditetapkan. Perlakuan ikhtilat yang tidak dibenarkan pada hari ini bolehlah kita lihat sepertimana yang banyak berlaku di panggung-panggung wayang, shopping mall, universiti/kolej, majlis-majlis keraian dan sebagainya. Pergaulan bebas yang tidak dikawal hari ini akan bermula dengan adegan berpacaran, berpegangan tangan, bersekedudukan dan akhirnya semakin bertambahlah jenayah dan maksiat yang dimurkai Allah swt seperti zina, pengguguran janin dan pembuangan bayi. Remaja hari ini melihat perbuatan yang sedemikian adalah satu kebiasaanyang tiada silapnya. Sedangkan, Rasulullah saw telah berpesan dan memberi peringatan supaya mencegahnya sejak awal lagi. Hadith Nabi saw yang bermaksud [Besi yang menikam atau ditimpakan ke atas kepala kamu itu adalah lebih baik daripada kamu menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu] HR Tabrani wal Baihaqi

3) Pakaian yang bertepatan dengan adab-adab Islami, iaitu mencakupi ciri-ciri berikut:

*Pakaian yang menutupi seluruh tubuh seorang wanita melainkan apa yang telah dikecualikan oleh Allah swt di dalam sabdanya yang bermaksud : [..kecuali yang kebiasaannya nampak daripadanya..] An Nuur : 31 ...... Pendapat yang paling sahih bagi ayat ini ialah kecuali muka dan tapak tangan sahaja.

Dewasa ini, bertudung lebih kepada mengikut fesyen semasa dan bukannya kerana kewajipan yang berpandukan Al Quran dan Sunnah. Kain tudung yang tebal menjadi nipis, yang sepatutnya labuh menutupi menjadi singkat sekadar menutup kepala dan rambut si wanita. Allah swt telah menjelaskan secara terperinci perihal tudung ataupun jilbab yang akan menjaga seorang muslimah itu. [Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya] An Nuur:31

*Pakaian hendaklah tidak nipis dan ketat. Rasulullah saw pernah mengkhabarkan bahawa di antara ahli neraka kelak ialah [Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi seakan-akan bertelanjang,mereka berjalan dengan meliuk lentok ke kiri dan ke kanan.Sesungguhnya mereka tidak akan dimasukkan ke syurga, tidak pula dapat mencium baunya]

*Tidak memakai pakaian yang menyerupai lelaki.

Sesungguhnya Nabi saw melaknat perempuan-perempuan yang berpakaian menyerupai lelaki dan begitu juga sebaliknya. Pakaian tersebut yang dimaksudkan pada hari ini ialah seperti seluar, topi dan sebagainya. Larangan memakai seluar di sini bermaksud apabila ianya dipakai dengan kemeja ataupun t-shirt, adapun sekiranya dipakai bersama gaun yang labuh maka tiada larangan padanya.

*Tidak memakai pakaian yang biasanya khusus ataupun menyerupai orang Kafir.

Larangan di sini adalah umum bagi lelaki dan perempuan Islam daripada menyerupai pakaian mereka yang beragama Yahudi, Nasrani ataupun agama lain. Ini kerana agama Islam menginginkan agar umatnya berbeza, istimewa dan bebas daripada sebarang pengaruh agama lain selain Islam secara luaran, apatah lagi dalaman. Rasulullah saw memberi peringatan yang maksudnya : [Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah sebahagian daripada mereka]

4)Menjaga gerak-geri dan percakapan.

Seorang muslimah akan berhadapan dan bergaul dengan penuh keyakinan dan ketegasan ketika mana duduk bersama-sama masyarakat awam. Sentiasa menjaga kelakuan dan tutur katanya daripada menyinggung hati orang lain, akan menyebabkan dia disenangi dan mudah didekati. Allah swt berfirman mafhumnya :[ Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik] Al Ahzab : 32

5)Hendaklah tiada keinginan untuk menarik perhatian kaum lelaki dengan barang perhiasannya, wangian yang digunakan, mahupun melalui suaranya. Larangan Allah swt agar tidak menzahirkan perhiasan yang tersembunyi bagi wanita adalah untuk membezakan wanita muslimah dengan wanita di zaman jahiliyyah yang suka menghentak-hentakkan kakinya untuk mendengarkan bunyi nyaring loceng kaki yang biasanya mengkhayalkan kaum lelaki. Allah berfirman mafhumnya :[ Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung] An Nuur :31



Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

Tanpa kita sedari ada banyak hikmah yang ALLAH beri jika kita betul-betul ikut cara Islam.
Kesimpulannya,wanita tidak salah berfesyen asalkan mengikut syariat Islam. bagi amira secara personal, amira suka gaya fesyen yang ditonjolkan oleh dena bahrin seorang blogger yang sangat terkenal... fesyen terkini tapi menutup aurat ! (^_^) 

No comments:

Post a Comment