
Thursday, 21 August 2014
Hilangnya Kemanisan Selepas Pernikahan

Tips Tutup Aurat

Tuesday, 12 August 2014
Reaksiku Terhadap Lelaki..

kat sini, amira nak amik kesempatan untuk memberitahu apa yang korang patut tahu tentang diri amira sendiri.. tujuannye amira taknak lah ada yang terasa hari, terkecil hati or tersinggung dengan amira.. amira bukannyer suka-suka nak sakitkan hati korang ke apa.. tapi amira memang jenis yang macam ni.. sape-sape yang kenal rapat dengan amira. or dengan erti kata kawan baik amira. dia akan tahu amira ni jenis yang macam mana apabila berhadapan dengan lelaki...
amira pecahkan 4 golongan lelaki ye.. first, lelaki yang memang amira tak kenal langsung dan orang tu pun memang tak kenal amira.. kira orang awam lah kan.. biasa lah kan kalau kita berjalan ke apa.. lalu lalang orangnya adalah orang yang memang kita tak kenal.. golongan ni amira tak heran sangat sebabnye golongan ni amira akan buat tak tahu jer.. kalau berjalan pun jalan jelah.. takde apa-apa lah kan...
second, lelaki yang tak kenal amira tapi amira kenal dia or lelaki tu kenal amira tapi amira tak kenal dia.. golongan ni pun macam kat atas.. amira akan buat tak tahu jer kalau terserempak dengan dia ke apa.. biase lah kan kalau sesetengah orang tu kita kenal dia tapi dia tak kenal kita.. normal ! tapi wat dunno sudah...
third, amira kenal lelaki tu dan lelaki tu kenal amira.. kira macam saling kenal lah.. tapi tak pernah bertegur sapa... tak pernah berhubung.. tak kira lah di alam maya or kat dunia realiti.. tetap tak bertegur sapa.. golongan ni macam kawan-kawan tuisyen camtulah.. saling kenal antara satu sama lain. tapi tak berkawan pun.. amira kat tuisyen memang tak berkawan dengan lelaki... amira kawan dengan perempuan je.. tak pun.. just buat hal sendiri... tak tahu lah knape camni. tapi tulah amira.. hehehe.. yang macam ni pun sama jugak.. amira akan buat tak tahu je bila selisih ker apa.. classmate amira pun boleh dikira dalam golongan ni jugak lah.. amira mana bercakap dengan lelaki kelas amira.. hehe.. kalau ada apa-apa yang penting lagi mustahak barulah akan bercakap or amira akan mintak orang lain yang sampaikan...
dan yang last, saling kenal antara satu sama lain dan dalam masa yang sama, berhubung lah jugak.. berhubung tu macam pernah chat ke pernah mesej ker.. tak kira lah mesej berkenaan apapun.. tapi yang ni lain sikit daripada yang kat atas-atas tu ! hehehehe... golongan ni termasuklah kawan-kawan kat alam maya yang amira berhubung atas sebab-sebab tertentu.. kalau amira terserempak dengan diorang ni.. amira akan lari !!! amira akan elakkan dari bertembung dengan diorang... so, selepas ni amira harap.. kalaulah ada di antara kawan-kawan amira yang amira buat macam ni.. jangan plek ! sebab amira memang camni.. amira harap takdelah yang akan tersinggung or terasa hati kalau amira mengelakkan diri dari korang.. amira memang tak boleh berhadapan dengan golongan ni ! jangan tanya kenapa.. huhu..
bagi yang dah kenal amira betul-betul.. dia memang akan tahu yang amira tak boleh dengan orang lelaki... secara jujurnye, amira tak pernah bergayut dengan orang laki saje-saje.. sembang-sembang kosong dengan orang laki dalam phone.. amira hanya akan layan yang berbentuk mesej je.. tak kisah lah whatsapp or we chat ke ape.. call jangan harap amira akan angkat... huhu... sahabat amira sendiri cakap.. jangan haraplah amira akan bercakap dengan orang lelaki.. so.. itulah amira ! nak sembang dalam phone amira tak berani... apatah lagi depan-depan kan.. amira admit zaman sekolah dulu.. amira memang agak anti dengan lelaki. tapi dalam dunia ni.. pergi mana-mana pun akan tetap berhadapan dengan orang lelaki kan.. so anti lelaki tu tak brape nak boleh pakai lah lagi-lagi kat universiti ni.. zaman sekolah menengan dulu boleh lah jugak. sekolah pelajar semua perempuan.. tapi kawan zaman sekolah rendah jer amira ok.. mungkin sebab dah lama kenal dan macam dah satu family.. yang ni special case lah kan..
dengan penjelasan yang agak panjang lebar ni.. amira harap sedikit sebanyak boleh mengurangkan rasa kecil hati korang ke apa terhadap diri amira... amira mintak maaf !!! tu jer yang amira boleh kata dan mohon memahami....
Saturday, 19 July 2014
Malam Lailatul Qadar

Ciri2 Malam Lailatulqadar
> Imam Hasan al-Basri, berkata antara tanda malam lailatulqadar ialah suasana malamnya tenang, damai, tenteram, tidak panas dan tidak terlalu dingin.
> Air laut juga kelihatan jernih, anjing tidak banyak menyalak dan matahari terbit pada keesokan paginya dengan sinar putih bersih dan cahaya yang redup.
> Dalam Sahih Muslim dinyatakan bahawa pada malam lailatulqadar seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi.
> Malaikat membawa rahmat Allah memasuki rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak dan patung.
> Malaikat akan naik semula ke langit secara serentak dengan sayap
puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang.
> Sesiapa yang menyedari tanda itu, mereka hendaklah meningkatkan amalan dan berdoa sepanjang hari sebagaimana ketekunan ibadahnya di malam hari.
> Malam lailatulqadar adalah malam yang penuh rahsia. Hanya Allah mengetahui bila ia terjadi. Rasulullah sangat menggalakkan umatnya mencari peluang beriktikaf di malam lailatulqadar.
Aisyah meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda: “Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)
> Mengikut Anas daripada nabi menyatakan bahawa: “Allah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.”
> Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari)
> Gandakan ibadat pada malam ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29.
> Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan Ali bin Abu Talib. "Sesungguhnya Rasulullah membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat): ‘Ya Allah Sesungguhnya aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada segala kemurkaan-Mu. Aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. Aku juga berlindung dengan Zat-Mu yang tidak terhitung segala nikmat dan belas kasihan yang Engkau berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-Mu seperti mana pujian yang layak bagi Zat-Mu.’” (Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad)
> Umat Islam dianjurkan berdoa sebagaimana dikhabarkan daripada Aishah: “Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada lailatulqadar apakah yang sepatutnya aku ucapkan?”
Bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab:
“Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbu al-afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku).’” (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah).
kenapa Allah merahsiakan malam lailatul qadar???
apakah tips untuk meraih lailatul qadar???
mesti korang tertanya-tanya kan apa amalan sunat yang boleh dilakukan malam lailatul qadar... nilah antara amalan yang boleh dilakukan pada malam lailatul qadar..
1. Sembahyang sunat wudhuk.
2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.
3. Membaca al-Quran.
4. Istighfar
5. Zikrullah
6. Bertasbih
7. Selawat
8. Sembahyang sunat tahajjud.
9. Sembahyang sunat tasbih.
bagi yang tengah 'cuti'.. jangan sedih jangan bimbang.... ingatlah.. cuti itu juga antara anugerah dari Allah... tak perlu sedih.. cheer up okeh ! (^_^) korang boleh berzikir.. istighfar... berdoa.. korang juga disarankan membaca tafsir Al-Quran..
sekadar ni jelah apa yang boleh amira share dengan korang semua.. semoga kita diberi keizinan oleh Allah untuk berjumpa malam lailatul qadar ini.. insyaAllah.. bagi yang susah berjaga tengah malam.. amira bagi tips.. sebelum tidur ambillah wudhuk dan niatkan dalam hati mintak Allah kejutkan pada waktu sekian-sekian.. insyaAllah akan terjaga.. janganlah pulak terjaga then sambung tido semula... hehehe.. amira tau sangat korang neyh ! =p
Nikah Gantung Adalah Couple Yang Halal...

NIKAH GANTUNG ADALAH COUPLE YANG HALAL
[●] Apa makna nikah gantung nie?? dalam bahasa arab dipanggil "nikah khitbah.Ia adalah pernikahan spt yg lain,cuma slps akad nikah pasangan b'kenaan x boleh tinggal sebumbung,dan suami x wajib bg nafkah zahir batin.Ertinya isterinya itu masih dibawah tanggungan ayahnya sehinggalah keluarga pihak prempuan menghantar anak prmpuan nya itu ke rumah keluarga lelaki itu.
[●] Apa istimewanya nikah gantung nie?? halal pasangan ini keluar b'sama, b'pegangan tgn,b'pelukkan,cium2 dan sebagainya kerana mereka adalah suami isteri.Sekiranya mengandung sekalipun,anak itu adalah anak yg sah.
[●] Kalau pegang2 tgn,nanti tak timbul fitnah ke?? nikah gantung nie bukan nikah yg perlu disembunyi,bahkan kita perlu hebohkan pada umum bahawa kita telah berkahwin,jadi tidak timbul isu fitnah melainkan kalau org tu jenis kaki fitnah.
[●] Siapa yg sesuai utk nikah gantung??Nikah gantung amat sesuai bg mereka yg masih belum b'kemampuan dlm kewangan,atau yg masih belajar ,atau masih belum mendapat kerja,masih dialam universiti.
dah faham?? jom kita selami pulak apa hukum dan asbab nikah gantung or lebih dikenali nikah khitbah...
Hukum Nikah Gantung
a) Nikah Gantung dalam bahasa arab disebut " NIKAH KHITBAH " dan hukumnya HARUS .
b) Nikah Gantung bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam satu - satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua belah pihak . Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan .
c) Nikah Gantung juga mengadakan “ Majlis Akad Nikah “ yang harus mereka
ikuti sebagaimana perkahwinan biasa dilakukan .
d) Syarat SAH Nikah di dalam rukun – rukun perkahwinan seperti suami , isteri , wali , saksi , dan akad (Ijab Kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk syarat sah nikah .
e) Nikah Gantung menangguhkan “ Majlis Kenduri Kahwin (WalimatulUrus) “ dan penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut kadang – kadang menjangkau bertahun – tahun lamanya .
Sebab – Sebab Biasa NIKAH GANTUNG dilakukan
l ) Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti SEWA RUMAH , PAKAIAN dan sebagainya .
ll) Pasangan yang masih lagi Belajar dan Menuntut .
lll) Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga .
Setelah majlis Akad Nikah berlangsung , kedua – dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar – benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Suami Isteri . Pada kebiasaan pasangan ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing – masing .
Tujuan utama “ Nikah Gantung “ ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan Lahirnya Anak Luar Nikah . Setelah kedua – dua pasangan ini melalui nikah gantung , mereka boleh bertemu , berdating dan bermesra . Malah jika melakukan sek pun sehingga melahirkan anak ia tidak salah dan tidak haram . Anak yang mereka melahirkan itu adalah “ SAH “hukumnya .
Walaupun mereka Nikah Gantung , mereka adalah pasangan suami isteri yang SAH di sisi Agama Islam dan undang – undang Kerajaan Malaysia .
p/s : drpda korang duk dating,call tiap mlm,msg2 tu,lg baik korang nikah gantung dulu.Semua nya akan b'tukar pahala,msj2 dgn isteri @ suami dpt pahala,pegang tgn dpt pahala ,seronak kn ?? (^_^)
teringin pulak diri ni nak merasai.. tapi sadis ! takde orang nk.. huhuhu.. =p ok lah.. sekadar ini sahajalah perkongsian untuk bab ini..
Wednesday, 16 July 2014
Pengalamanku Bertudung Labuh

before amira start cerita pengalaman amira sejak bertudung labuh ni.. amira nak story dulu mcam mana amira boleh pakai tudung labuh.. actually amira dulu bukanlah sebahagian dari wanita bertudung labuh pun.. amira seorang yang biasa je.. simple ! pakai tudung bawal.. dulu mana ader kan shawl-shawl bagai ni.. amira mulakan dengan memakai handsock n sarung kaki or stokin.. amira start pakai form 1 dah.. almaklumlah amira sekolah menengah dulu.. sekolah agama.. tapi please ! jangan beranggapan budak sekolah agama ni maksum yer !! smua baik-baik.. biler buat salah ke aper.. terus judge itu ini.. kami pun manusia biasa jugak.. dye depends atas diri sendiri.. kalau nak jadi baik.. hantar jelah sekolah mana-mana pun.. tak akan terpengaruh. sekolah ni cume macam bonus jer kalau dapat sekolah agama.. ok ! back to the topic... tapi amira form 1 tak braper lagi lah.. tak istiqamah mana pun.. hehehe ~ astarfirullah !! nauzubillah. jangan contohi saya ! hehe.. then amira form 2.. amira masuk tuisyen kat cikgu razak, durian burung.. kalau yang kenal, kenal lah.. tak kenal.. buat-buat kenal jerkk.. heheehehe ~~ start dari tulah amira start istiqamah.. sebabnyer kat tuisyen tu kan sah-sah lah ader laki.. berbeza dengan sekolah amira.. sekolah amira semua prempuan.. takde lelaki !! so.. tulah titik permulaan amira start istiqamah pakai handsock n sarung kaki...
form 4.. ade lah terdetik jugak nak pakai tudung labuh kat luar kan.. ( selain sekolah ) tapi time tu tak start lagi.. amira pun suarakan lah bende ni kat family amira.. alhamdulillah.. dapat respon positif tapi mak sedara amira ada pesan.. once kita pakai tudung labuh.. kena lah istiqamah.. mampu ke nanti.. takut awal-awal jer pakai.. nanti back to normal.. time tu.. berfikir panjang jugaklah.. sebabnyer mungkin zaman sekolah tak menjadi masalah sangat... tapi nanti sambung belajar, masuk U.. kuat ker nak istiqamah dengan imej ni.. kalau dpat UIA, UNISZA ker.. mungkin tak menjadi masalah sangat lah.. sebab memang surrounding U tu islamik.. but kalau dapat UITM ke ape.. mampu ke.. kuat ke.. tapi naik form 5.. memang dah nekad.. so.. tulah titik bermulanya amira pakai tudung labuh sampai lah sekarang... tak heran dah orang nak kate ape.. bila dah nekad tu.. semua telan jerk !
saper kater bertudung labuh tak boleh naik motor???? hahaha !!! amira main aci redah jeee !!! amira ni kuat berjalan orangnya kalau nak tau... tambahan plak.. amira dah start involve dengan motor ni time darjah 5.. dulu amira digelarkan " minah rempit "... kejam tak orang yang bagi tittle tu. memang kejam kan.. ish ! amira dapat tittle tu sebabyer amira ni jenis tak reti nak bawak slow-slow.. bawak mesti laju.. saper-saper yg nak berlumba.. jom !! hahaha.. ( mohon jangan ikut ) tapi sekarang dah pandai lah bwak slow-slow.. hehehe ( konon ! ) then bila amira start bertudung labuh.. takkan amira nak stop bawak motor... memang tak lah. hehe. secara rasminye pastu amira dapat tittle " muslimah rempit " memang tak baik lah saper yg bagi tittle ni.. alamak !! dah banyak merapu !!! ok2 !!! back to the main topic. abaikan yang atas-atas tu eh.. hehe.. buat malu jerk ! sejak amira pakai tudung labuh kan.. memang ketara sangat perubahan yang amira dapat.. antaranya kan.. budak-budak laki takkan berani tegur.. if kat depan amira ader prempuan yang biasa bawak motor.. then lalu kat sekumpulan lelaki.. memang akan dengar lah siul-siulan gatal or sesi tegur-menegur.. tapi sampai je kat amira... takde ! senyap ! hahaha.. tengok.. diorang mana berani.. panahan tudung labuh... tak kurang jugak kalau kat traffic light.. takkan ade yang berani nak tegur.. kalau yang tegur tu. memang mencari nahas lah tu...
normal lah kan kalau orang yang pakai tudung labuh ni digelar ustazah la aper lah.. amira pun tak terlepas dari tu semua.. sometimes bila amira berjalan or pergi mana-mana.. ada jer yang panggil ustazah especially lelaki lah.. saje takde keje diorang ni ! kadang-kadang tu.. amira berjalan.. then ade lelaki lalu sebelah.. " assalamualaikum ustazah " kes ni memang banyak.. tapi biarkan jelah diorang ni.. jwab jelah salam tu.. kadang-kadang bangga lah jugak dapat tittle ustazah tu.. saper yang taknak kan.. bukan semua orang boleh dapat tittle tu.. hehehehe~.. so.. la tahzan.. be proud ! baru-baru ni pun kat UITM nih.. amira berjalan dengan roomate amira, alia.. kiteorang time tu baru balik dari buat kad matrik.. then secara kebetulan belakang amira ni ade lah beberapa lelaki.. diorang ni aper lagi. perli lah.. nak tau diorang perli ape,, diorang buat-buat cakap bahasa arab kat belakang.. aisehhh.. diorang sembang konon kaifa haluka lah ape lah.. alia yang sebelah amira ni tak faham aper-aper.. amira ni tau dah... dalam hati.. ' nak menganjing (perli) aku lah tu' tapi tak heran pun... dah kalis ! huhu..
untuk pengetahuan korang kan.. dalam kelas amira pun.. budak lelaki tak berani nak tegur ! percaya atau tak.. setakat ni amira tak pernah bersembang pun dengan lelaki.. bercakap pun takde rasenye.. if ader pun.. dia mintak nombor lecturer.. so, amira bagi jelah.. tengok !! effect pakai tudung labuh.. takde yang berani nak tegur.. kadang-kadang tu terasa lah jugak.. macam tak wujud jer dalam kelas tu.. yelah... orang lain bersembang lelaki prempuan relax jer.. kiter.. krik krik je.. hehhehe.. but im so proud n bersyukur.. maknanyer dia tau hormat orang yang pakai tudung labuh.. tulah antara penangan orang yang memakai tudung labuh...
ada sesetengah orang ni.. dia hanya pakai tudung labuh sebab niat dia nak suami soleh. bila pakai tudung labuh.. dapat suami soleh.. maaf .. ! tolong betulkan niat yerk.. berhijrah kerana Allah.. bukan kerana lelaki or wat so ever.. ade roomate amira tanya.. ader kawan dia ni selalu ikuti usrah.. memang kalau tanya dia pasal perbincangan usrah tu... memang boleh jawab lah.. tapi kat luar still free hair ape smua.. kenapa ye... simple ! hidayah itu milik Allah dan Allah layak beri kepada sesiapa sahaja hamba yang dikehendakinya.. atau niat dia menyimpang ke arah lain.. bukan kerana Allah.. itu kena sentiasa muhasabah diri...
tu jelah serba sedikit yang amira boleh kongsikan.. yang bawah sekali tu.. mohon abaikan ! hehehe.. dan yang banyak merapu tu mohon abaikan jugak.. hahaha.. bikin malu jer amira neh.. dalam story tu ader terselit bahasa ganu.. if tak paham.. buat-buat jelah paham yerk.. hehe (^_^) bagi yang mempunyai niat nak berhijrah kepada tudung labuh.. amira galakkan sangat-sangat.. if ader masalah apa-apa.. boleh terus berhubung dengan amira.. InsyaAllah setakat mana yang amira boleh bantu.. amira cuba..
setakat ni jelah coretan amira untuk kali ni.. roomate amira sekalian pun macam get ready nak tutup lampu dah jer.. lailan saidan semua !! selamat menjalani ibadah puasa. jangan curi-curi ponteng yerkk !!
assalamualaikum ~ (^_*)
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)








